Ulamak Akhirat Berwatak Rasul ...... Membangunkan Jemaah Islamiah.
Sepertimana para Rasul, ulama akhirat kumpulam pertama juga mempunyai karisma kepimpinan yang tinggi, yang dibekalkan sejak azali. Sebab itu mereka dapat melakukan kerja2 memimpin dengan jayanya.Mereka dapat membawa umat yang jahil sebelumnya kepada hidup mengikut Al-Quran dan Sunnah. Mereka mencegah kemungkaran dan menegur rakyat jelata bahkan raja dan pemerintah.
Kalau Rasulullah dapat membangunkan jemaah Islamiah ditengah2 masyarakat jahiliah, maka ulama juga dapat melakukan amar makruf nahi mungkar pada individu, keluarga dan masyarakat. Hingga terbentuklah jemaah Islamiah, yang cara hidup mereka sendiri ditengah2 masyarakat yang tidak mengikuti Islam. Mereka membangunkan sistem hidup mereka sendiri dalam bidang ekonomi, budaya, pendidikan, perhubungan dan lain2 menurut Islam.
Cara tertegaknya jemaah Islamiah bukanlah dengan ahlinya mengisi borang keahlian dan pemimpinnya naik melalui undian. Itu bukan cara Islam. Perlantikan para Rasul bukan melalui proses tersebut. Jemaah Islamiah bermula dengan seorang diri iaitu dari individu yang Allah kurniakan kekuatan untuk mengamalkan Islam. Maka ia mencari seorang kawan demi seorang kawan untuk bersamanya. Dididik dan diajar serta dipimpinlah kawan2nya untuk melaksanakan cita2 Islam. Makin lama makin ramai orang yang menerima didikan dan pimpinannya.
Sehingga akhirnya tanpa dirancang atau dimesyuarat agungkan, maka terjadilah kumpulan itu sebagai suatu jemaah yang gurunya menjadi pemimpin dan anak muridnya menjadi pengikut. Pemimpin yang tidak payah diundi, kerana semua pengikutnya menerima dengan hati. Pengikutnya ialah anak muridnya sendiri. Mereka bersama-sama membangunkan cara hidup Islam dalam setiap aspek kehidupan mereka.
Sifat dan akhlak ulama ini sangat berani dan tegas memegang semua hukum Allah. Ibadah mereka sangat banyak sekali, hampir semua sembahyang sunat itu dilakukan. Bermula dengan solat sunat Rawatib, Sunat Tahajud, Sunat Dhuha , Sunat Awwabin, Sunat Tasbih, Sunat Mutlak, Sunat Mudhuk, Witir, Tarawikh dan lain2 lagi. Meraka sentiasa dalam keadaan berzikir pada Allah samada waktu duduk, tidur atau berdiri. Boleh dikatakan fizikal sahaja dengan manusia tetapi hati dengan Allah. Mereka sangat menjauhi perkara HARAM. Perkara syubhat dan makroh pun mereka cukup berhati2 dalam samada dalam makan, minum, pakaian, rehat, bergaul, cara kerja dan lain2 lagi.
Mereka berjuang melalui jemaah untuk menegakkan cara hidup dalam diri. Keluarga dan masyarakat seluruhnya. Melihat indahnya masyarakat Islam yang mereka tegak, maka ramailah dari kalangan masyarakat yang ikut serta dan bersimpati dengan perjuangan mereka.
Oleh kerana mendapat sokongan kuat dari masyarakat dan sikap mereka yang mencabar, maka mereka sangat dicurigai , ditakuti juga dibenci oelh musuh2nya terutama ulamak rasmi dan pemerintah. Para ulamak berwatak rasul kebanyakkannya dihalau dari negeri asal mereka. Mereka sentiasa berpindah randah dan sentiasa terancam.
Mewarisi apa yang ditempuh oleh Rasul rasul dalam perjuangan mereka. Ulamak yang memimpin ini berada dikalangan orang yang kalau sayang terlalau sayang dan yang benci akan merasa terlalu benci. Ekoran dari itu mereka kelihatan sentiasa berada dalam rahmat dan ujian. Kalau besarlah rahmat besarlah ujian. Demikianlah sebaliknya. Sengaja Alah jadikan dengan sedemikian bermaksud,
“Nikmat akan membolehkan mereka terus berjuang, dan dapat pahala syukur, Ujian mematangkan iman dan membolehkan mereka mendapat pahala sabar.”
Akhlak mulia dan agung yang dipamerkan oleh para Rasul turut diwarisi dan terhias oleh ulamak berwatak rasul.Seperti sifat zuhud. Mereka kelihatan hidup macam orang miskin kerana menolak kekayaan dunia demi cintanya pada akhirat . Pada waktu meninggal dunia mereka tidak meninggalkan apa2 kecuali ilmu yang tertulis dalam kitab2 mereka dan akhlak yang agung. Yang telah menjadi sejarah hidup mereka. Dan kalau mereka ada anak , biasanya anak2 itu terdiri dari anak2 yang soleh dan solahah yang meneruskan cita2 perjuangan mereka.
Saidina Ali wafat meninggalkan Saidina Hassan r.a dan Saidina Husin r.a yang soleh2. Yang menyambung terus perjuangan Islam.Kemudian saidina Husin pula meninggal. Meninggalkan anaknya Saidina Zainal Abidin dan kemudian bersambung pada anaknya Ali Hanafiah dan setrusnya pada Jaafar Al-Siddiq. Demikianlah kesinambungan perjuangan walau pun pejuang-pejuang awal sudah tiada..
Akhlak lain yang begitu terserlah ialah tawaduk, lemah lembut, kasih sayang,sabar, redha, tawakal, berani dan yang kayanya sangat pemurah. Berdepan dengan ujian mereka sangat sabar. Memang orang2 Allah diuji dengan ujian2 yang berat2 dan mereka pun bersabar. Ujian pada mereka ialah untuk meninggikan darjat.Rasulullah saw bersabda,
“Ujian paling berat ditimpa dikalangan manusia ialah para Nabi, kemudian yang mulia(wali-wali Allah),kemudian yang mulia selepas itu (para Ulama) , diuji mengikut keimanan seseorang.”
(Riwayat Al Bukhari , Ahmad dan At-Tarmizi)
Ilmu yang disampaikan oleh Ulama pewaris Nabi ini penuh dengan tarbiah dan ingatan yang sangat memberi kesan dihati manusia. Membangkitkan rasa Cinta pada Allah, gerun pada neraka dan cinta pada syurga akhirat. Manusia akan mengubah hidup dari cinta dunia pada cinta akhirat. Dari jahilaiah pada Iman dan Islam.
Rezeki ulama ini juga seperti rezeki para Rasul. Bukan didapati dari bekerja makan gaji dengan manusia. Biasa rezeki mereka dengan berniaga. Rasululah saw bersabda,
“Hendaklah kamu berniaga kerana padanya terdapat 9/10 rezeki .
Perniagaanlah yang biasanya menjadikan seseorang itu jutawan tetapi ulamak akhirat tetap zuhud walaupun ada yang menjadi jutawan hasil berniaga. Perniagaan yang mereka jalankan bukanlah diusahakan secara bersendirian, sebaliknya dibantu dengan ramai pekerja. Dengan itu mereka ada banyak masa untuk membuat kerja ALLAH. Sementara para Rasul pula , rezeki mereka bukan dari berniaga, tetapi dari sumber yang tidak diduga. Yang mana biasanya Allah hantar melalui orang kaya yang simpati melalui kerja2 yang mereka lakukan. Itupun Rasulullah ambil sedikit sahaja untuk keperluan peribadi dan keluarganya. Yang selebihnyanya untuk orang lain yang memerlukannya.
Meniru dan mencontohi Rasululah saw. Para ulamak pewaris nabi, rumah mereka kecil sahaja. Kalau rumah Rasululah ada satu bilek yang atapnya boleh disentuh dengan tangan, maka para ulamak rumah mereka lebih kurang begitulah. Tidak ada ruang untuk perabot mewah. Tidak ada tilam empok dan karpet tebal. Tidak ada kerusi set mewah. Segala2nya terlalu asas dan sekadar perlu sahaja,
Anak dan isteri Rasululah adalah pejuang2 kanan kepada baginda. Maka demikianlah dengan keluarga ulamak akhirat. Anak dan isteri menjadi contoh dan penyambung lidah perjuangan. Kalau tidak demikian, biasanya ALLAH pisahkan mereka itu dari menjadi kekasih-kekasihNYA.
Para ulamak Akhirat sepertilah para Rasul. Mereka hidup bersama ditengah masyarakat dan bukannya berpisah dari masyarakatnya. Meraka sembahyang berjemaah bersama2 setiap waktu sembahyang, bekerja bersama, bermusafir bersama. Makan bersama, duduk rendah , berdiri sama tinggi dengan pengikutnya. Namun kehebatan dan kebesaran mereka disisi murid2nya tiada berkurangan. Mereka sangat dikasihi dan ditaati, Pautan hati yang terbina itu adalah kerana akhlak dan jasa bakti guru terhadap murid2nya.
Kalau para rasul mendapat bantuan ghaib dari ALLAH melalui mukjizat, maka ulamak ul amilin ini ditolong dengan keramah atau pun sekurang2nya maunah.Yakni kejadian2 pelik dan luarbiasa yang ALLAH lakukan untuk menyelamatkan mereka dari musuh atau untuk menghiburkan mereka atau untuk menambahkan keyakinan mereka. Biasanya kemenangan perjuangan mereka terhadap musuh adalah kerana adanya pertolongan yang istimewa ini.
Nama2 mereka bukan sahaja masyur pada zaman mereka tetapi juga sepanjang zaman disebut orang. Maqam mereka sentiasa diziarahi turun temurun.
Perjuangan mereka tidak mengenal pencen. Selagi hidup selagi itulah berjuang. Bahkan sesudah mereka meninggalkan pun , perjuangan mereka ada penyambungnya.
Mereka sangat ikhlas berjuang Filsabililah. Perjuangan mereka betul2 kerana dan untuk Allah. Hinggakan kalau terancam, nyawa melayang pun meraka rela. Apalagi kalau setakat periuk nasi mereka terancam. Meraka tidak mengharap apa2 kepentingan dari perjuangan. Sebab itu dalam apa keadaan pun mereka tetap berani membela kebenaran atau pun hak Allah sekali pun didepan pemerintah yang zalim.
Rumah mereka merata2 negara didunia, kerana mereka sentiasa mengembara. Memang tradisi hidup ulamak ialah berjalan dimuka bumi Allah dari satu negara ke negara yang lain.Dengan itu mereka sangat luas pengalaman, pergaulan dan ilmu. Mereka menikmati kebesaran Allah dimuka bumi yang luas ini. Rezeki mereka tidak putus2 untuk sentiasa berpergian ketempat2 yang jauh.
Demikianlah watak, sifat dan sikap hidup para ulamak akhirat yang mewarisi kerja2 Rasul.Moga2 kita dapat mencari mereka untuk menerima didikan dan kepimpinan. Kerana bertemu mereka seolah2 bertemu dengan Rasululah, melihat bayangan Rasululah untuk menjadi contoh dan ikutan kita. Mereka orang2 Allah yang sangat diberkati. Melihat wajahnya sudah mendatangkan keinsafan dan keberkatan. Apalagi dapat duduk bersamanya. Semuanya boleh mendidik dan mengubah kita.
Berkata Yahya bin Muaz:,
“Para Wali-wali Allah itu adalah haruman-haruman dibumi. Maka apabila mencium akannya oleh anak muridnya, akan sampai kehati. Lantas mereka berasa rindu pada Tuhan mereka.
(Dipetik dari kitab Imam Sya’rani)