Khamis, Januari 26, 2012

Ulamak Akhirat, Ulamak Pewaris Nabi !


Ulamak Akhirat Berwatak Rasul ...... Membangunkan Jemaah Islamiah.



Sepertimana para Rasul, ulama akhirat kumpulam pertama juga mempunyai karisma kepimpinan yang tinggi, yang dibekalkan sejak azali. Sebab itu mereka dapat melakukan kerja2 memimpin dengan jayanya.Mereka dapat membawa umat yang jahil sebelumnya kepada hidup mengikut Al-Quran dan Sunnah. Mereka mencegah kemungkaran dan menegur rakyat jelata bahkan raja dan pemerintah.

Kalau Rasulullah dapat membangunkan jemaah Islamiah ditengah2 masyarakat jahiliah, maka ulama juga dapat melakukan amar makruf nahi mungkar pada individu, keluarga dan masyarakat. Hingga terbentuklah jemaah Islamiah, yang cara hidup mereka sendiri ditengah2 masyarakat yang tidak mengikuti Islam. Mereka membangunkan sistem hidup mereka sendiri dalam bidang ekonomi, budaya, pendidikan, perhubungan dan lain2 menurut Islam.

Cara tertegaknya jemaah Islamiah bukanlah dengan ahlinya mengisi borang keahlian dan pemimpinnya naik melalui undian. Itu bukan cara Islam. Perlantikan para Rasul bukan melalui proses tersebut. Jemaah Islamiah bermula dengan seorang diri iaitu dari individu yang Allah kurniakan kekuatan untuk mengamalkan Islam. Maka ia mencari seorang kawan demi seorang kawan untuk bersamanya. Dididik dan diajar serta dipimpinlah kawan2nya untuk melaksanakan cita2 Islam. Makin lama makin ramai orang yang menerima didikan dan pimpinannya.

Sehingga akhirnya tanpa dirancang atau dimesyuarat agungkan, maka terjadilah kumpulan itu sebagai suatu jemaah yang gurunya menjadi pemimpin dan anak muridnya menjadi pengikut. Pemimpin yang tidak payah diundi, kerana semua pengikutnya menerima dengan hati. Pengikutnya ialah anak muridnya sendiri. Mereka bersama-sama membangunkan cara hidup Islam dalam setiap aspek kehidupan mereka.

Sifat dan akhlak ulama ini sangat berani dan tegas memegang semua hukum Allah. Ibadah mereka sangat banyak sekali, hampir semua sembahyang sunat itu dilakukan. Bermula dengan solat sunat Rawatib, Sunat Tahajud, Sunat Dhuha , Sunat Awwabin, Sunat Tasbih, Sunat Mutlak, Sunat Mudhuk, Witir, Tarawikh dan lain2 lagi. Meraka sentiasa dalam keadaan berzikir pada Allah samada waktu duduk, tidur atau berdiri. Boleh dikatakan fizikal sahaja dengan manusia tetapi hati dengan Allah. Mereka sangat menjauhi perkara HARAM. Perkara syubhat dan makroh pun mereka cukup berhati2 dalam samada dalam makan, minum, pakaian, rehat, bergaul, cara kerja dan lain2 lagi.

Mereka berjuang melalui jemaah untuk menegakkan cara hidup dalam diri. Keluarga dan masyarakat seluruhnya. Melihat indahnya masyarakat Islam yang mereka tegak, maka ramailah dari kalangan masyarakat yang ikut serta dan bersimpati dengan perjuangan mereka.

Oleh kerana mendapat sokongan kuat dari masyarakat dan sikap mereka yang mencabar, maka mereka sangat dicurigai , ditakuti juga dibenci oelh musuh2nya terutama ulamak rasmi dan pemerintah. Para ulamak berwatak rasul kebanyakkannya dihalau dari negeri asal mereka. Mereka sentiasa berpindah randah dan sentiasa terancam.

Mewarisi apa yang ditempuh oleh Rasul rasul dalam perjuangan mereka. Ulamak yang memimpin ini berada dikalangan orang yang kalau sayang terlalau sayang dan yang benci akan merasa terlalu benci. Ekoran dari itu mereka kelihatan sentiasa berada dalam rahmat dan ujian. Kalau besarlah rahmat besarlah ujian. Demikianlah sebaliknya. Sengaja Alah jadikan dengan sedemikian bermaksud,

“Nikmat akan membolehkan mereka terus berjuang, dan dapat pahala syukur, Ujian mematangkan iman dan membolehkan mereka mendapat pahala sabar.”

Akhlak mulia dan agung yang dipamerkan oleh para Rasul turut diwarisi dan terhias oleh ulamak berwatak rasul.Seperti sifat zuhud. Mereka kelihatan hidup macam orang miskin kerana menolak kekayaan dunia demi cintanya pada akhirat . Pada waktu meninggal dunia mereka tidak meninggalkan apa2 kecuali ilmu yang tertulis dalam kitab2 mereka dan akhlak yang agung. Yang telah menjadi sejarah hidup mereka. Dan kalau mereka ada anak , biasanya anak2 itu terdiri dari anak2 yang soleh dan solahah yang meneruskan cita2 perjuangan mereka.

Saidina Ali wafat meninggalkan Saidina Hassan r.a dan Saidina Husin r.a yang soleh2. Yang menyambung terus perjuangan Islam.Kemudian saidina Husin pula meninggal. Meninggalkan anaknya Saidina Zainal Abidin dan kemudian bersambung pada anaknya Ali Hanafiah dan setrusnya pada Jaafar Al-Siddiq. Demikianlah kesinambungan perjuangan walau pun pejuang-pejuang awal sudah tiada..

Akhlak lain yang begitu terserlah ialah tawaduk, lemah lembut, kasih sayang,sabar, redha, tawakal, berani dan yang kayanya sangat pemurah. Berdepan dengan ujian mereka sangat sabar. Memang orang2 Allah diuji dengan ujian2 yang berat2 dan mereka pun bersabar. Ujian pada mereka ialah untuk meninggikan darjat.Rasulullah saw bersabda,

“Ujian paling berat ditimpa dikalangan manusia ialah para Nabi, kemudian yang mulia(wali-wali Allah),kemudian yang mulia selepas itu (para Ulama) , diuji mengikut keimanan seseorang.”

(Riwayat Al Bukhari , Ahmad dan At-Tarmizi)
Ilmu yang disampaikan oleh Ulama pewaris Nabi ini penuh dengan tarbiah dan ingatan yang sangat memberi kesan dihati manusia. Membangkitkan rasa Cinta pada Allah, gerun pada neraka dan cinta pada syurga akhirat. Manusia akan mengubah hidup dari cinta dunia pada cinta akhirat. Dari jahilaiah pada Iman dan Islam.

Rezeki ulama ini juga seperti rezeki para Rasul. Bukan didapati dari bekerja makan gaji dengan manusia. Biasa rezeki mereka dengan berniaga. Rasululah saw bersabda,

“Hendaklah kamu berniaga kerana padanya terdapat 9/10 rezeki .

Perniagaanlah yang biasanya menjadikan seseorang itu jutawan tetapi ulamak akhirat tetap zuhud walaupun ada yang menjadi jutawan hasil berniaga. Perniagaan yang mereka jalankan bukanlah diusahakan secara bersendirian, sebaliknya dibantu dengan ramai pekerja. Dengan itu mereka ada banyak masa untuk membuat kerja ALLAH. Sementara para Rasul pula , rezeki mereka bukan dari berniaga, tetapi dari sumber yang tidak diduga. Yang mana biasanya Allah hantar melalui orang kaya yang simpati melalui kerja2 yang mereka lakukan. Itupun Rasulullah ambil sedikit sahaja untuk keperluan peribadi dan keluarganya. Yang selebihnyanya untuk orang lain yang memerlukannya.

Meniru dan mencontohi Rasululah saw. Para ulamak pewaris nabi, rumah mereka kecil sahaja. Kalau rumah Rasululah ada satu bilek yang atapnya boleh disentuh dengan tangan, maka para ulamak rumah mereka lebih kurang begitulah. Tidak ada ruang untuk perabot mewah. Tidak ada tilam empok dan karpet tebal. Tidak ada kerusi set mewah. Segala2nya terlalu asas dan sekadar perlu sahaja,

Anak dan isteri Rasululah adalah pejuang2 kanan kepada baginda. Maka demikianlah dengan keluarga ulamak akhirat. Anak dan isteri menjadi contoh dan penyambung lidah perjuangan. Kalau tidak demikian, biasanya ALLAH pisahkan mereka itu dari menjadi kekasih-kekasihNYA.

Para ulamak Akhirat sepertilah para Rasul. Mereka hidup bersama ditengah masyarakat dan bukannya berpisah dari masyarakatnya. Meraka sembahyang berjemaah bersama2 setiap waktu sembahyang, bekerja bersama, bermusafir bersama. Makan bersama, duduk rendah , berdiri sama tinggi dengan pengikutnya. Namun kehebatan dan kebesaran mereka disisi murid2nya tiada berkurangan. Mereka sangat dikasihi dan ditaati, Pautan hati yang terbina itu adalah kerana akhlak dan jasa bakti guru terhadap murid2nya.

Kalau para rasul mendapat bantuan ghaib dari ALLAH melalui mukjizat, maka ulamak ul amilin ini ditolong dengan keramah atau pun sekurang2nya maunah.Yakni kejadian2 pelik dan luarbiasa yang ALLAH lakukan untuk menyelamatkan mereka dari musuh atau untuk menghiburkan mereka atau untuk menambahkan keyakinan mereka. Biasanya kemenangan perjuangan mereka terhadap musuh adalah kerana adanya pertolongan yang istimewa ini.

Nama2 mereka bukan sahaja masyur pada zaman mereka tetapi juga sepanjang zaman disebut orang. Maqam mereka sentiasa diziarahi turun temurun.

Perjuangan mereka tidak mengenal pencen. Selagi hidup selagi itulah berjuang. Bahkan sesudah mereka meninggalkan pun , perjuangan mereka ada penyambungnya.

Mereka sangat ikhlas berjuang Filsabililah. Perjuangan mereka betul2 kerana dan untuk Allah. Hinggakan kalau terancam, nyawa melayang pun meraka rela. Apalagi kalau setakat periuk nasi mereka terancam. Meraka tidak mengharap apa2 kepentingan dari perjuangan. Sebab itu dalam apa keadaan pun mereka tetap berani membela kebenaran atau pun hak Allah sekali pun didepan pemerintah yang zalim.

Rumah mereka merata2 negara didunia, kerana mereka sentiasa mengembara. Memang tradisi hidup ulamak ialah berjalan dimuka bumi Allah dari satu negara ke negara yang lain.Dengan itu mereka sangat luas pengalaman, pergaulan dan ilmu. Mereka menikmati kebesaran Allah dimuka bumi yang luas ini. Rezeki mereka tidak putus2 untuk sentiasa berpergian ketempat2 yang jauh.

Demikianlah watak, sifat dan sikap hidup para ulamak akhirat yang mewarisi kerja2 Rasul.Moga2 kita dapat mencari mereka untuk menerima didikan dan kepimpinan. Kerana bertemu mereka seolah2 bertemu dengan Rasululah, melihat bayangan Rasululah untuk menjadi contoh dan ikutan kita. Mereka orang2 Allah yang sangat diberkati. Melihat wajahnya sudah mendatangkan keinsafan dan keberkatan. Apalagi dapat duduk bersamanya. Semuanya boleh mendidik dan mengubah kita.

Berkata Yahya bin Muaz:,
“Para Wali-wali Allah itu adalah haruman-haruman dibumi. Maka apabila mencium akannya oleh anak muridnya, akan sampai kehati. Lantas mereka berasa rindu pada Tuhan mereka.

(Dipetik dari kitab Imam Sya’rani) 

Jumaat, Januari 13, 2012

Khawarij Moden !

Mengenali Puak Khawarij Moden ........



Dalam sejarah, Puak Khawarij adalah asalnya sekumpulan orang Muslim yang pada mulanya menyokong Saidina Ali Abu Talib tetapi kemudian menolak kepimipinannya.Maka boleh lah kita mengambil pengertian bahawa maksud khawarij ialah : kumpulan orang Muslim yang keluar dan mengistiharkan penentangan terhadap penguasa atau pemerintah Muslim yang dulunya mereka sokong dengan melabelkan diri mereka lebih Islamik.(Namun pengertian ini mungkin tidak tepat kerana ada bermacam tafsiran lagi yang boleh di dapati dalam kitab kitab,buku dan kamus).Saya guna istilah tersebut dengan harapan boleh mempermudahkan fahaman sidang pembaca.
Ulama dan kerajaan negara Islam hari ini melabelkan kumpulan pengganas yang membunuh orang yang tidak berdosa sebagai golongan “Khawarij Moden” kerana golongan pengganas seperti ini menghalalkan darah orang kafir dan orang Islam yang mereka hukum kafir melalui Takfir.
*(Takfir atau Takfeer adalah amalan mengkafirkan atau memurtadkan seseorang atau kumpulan orang Islam.Pengistiharan takfir dibuat hanya jika seseorang Muslim itu mengisytiharkan dirinya sebagai kafir, tetapi lazimnya berlaku apabila tindakan atau kenyataan individu/kumpulan terbabit menunjukkan secara terang-terangan meninggalkan ajaran Islam. Hukum bagi mereka yang meninggalkan Islam atau murtad, mengikut tafsiran adalah bunuh. Bagaimanapun, syarat-syarat menjatuhkan hukuman takfir sangat ketat selalunya memerlukan bukti yang kukuh, dan mahkamah atau seorang alim untuk mengjatuhkan hukum takfir ke atas individu atau kumpulan terbabit).
Puak Khawarij di anggap tersesat dari ajaran Ahlil Sunnah Wal Jamaah.Walaupun pada zahirnya mereka kelihatan hebat dalam pengamalan beragama.

HADIS TENTANG KHAWARIJ.

Kata Abu Said al-Khudriyy r.a.:
Maksudnya: “Ali r.a. telah menghantar ketulan emas yang belum dibersihkan dari tanah, hasil kemenanganya dari Yaman kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda membahagikannya kepada al-AqraIbn Habis al-Hanzaliyy, Uyainah Ibn Badr al-Fazariyy, Alqamah Ibn Ulathah al-Amiriyy dan Zaid at-Taiyy. Tetapi pembahagian itu telah membangkitkan kemarahan Quraisy kerana mereka menganggap baginda s.a.w. lebih mengutamakan pembesar-pembesar Najd daripada mereka. Mengetahui hal itu, Baginda s.a.w. menegur mereka: “Kenapa kamu tidak mempercayai kejujuranku, sedangkan aku adalah pemegang amanah (agama) bagi pihak langit, wahyu datang kepadaku pagi dan petang, sesungguhnya hanya sanya aku lakukan itu untuk menjinakkan (hati) mereka. Tiba-tiba bangun seorang lelaki dari Bani Tamim yang dikenali sebagai Zu al-Khuwaisirah, berjanggut lebat, bertulang pipi tinggi, bermata dalam, berdahi nonjol, berkepala botak, berkain singkat, seraya berkata: “Bertaqwalah kamu kepada Allah wahai Muhammad!’. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Celakalah kamu! Bukankah aku orang yang paling berhak untuk bertaqwa? Siapakah lagi yang taat kepada Allah jika aku menderhakaiNya? Kenapa Dia boleh mempercayaiku atas sekelian penduduk bumi sedangkan kamu tidak percaya kepadaku, siapakah lagi yang adil jika aku tidak adil, sesungguhnya rugilah aku jika aku tidak berlaku adil? Kemudian lelaki itupun beredar dan Umar (atau Khalid Ibn al-Walid) r.a. berkata: “Izinkan aku memenggal lehernya”. Baginda s.a.w. menjawab: “Jangan, boleh jadi dia bersolat, minta dilindungi Allah daripada orang bercakap-cakap bahawa aku telah membunuh sahabatku, biarkan dia kerana dia ada pengikut”. Umar (atau Khalid Ibn al-Walid) r.a. berkata: “Berapa ramai orang bersolat tetapi dia bercakap apa yang tidak dicakap oleh hatinya? Baginda s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya aku tidak diperintahkan untuk membelah perut manusia dan menebuk hati mereka.

Kemudian baginda s.a.w. memandang kepada lelaki yang sedang beredar itu seraya bersabda; “Sesungguhnya akan lahir dari keturunan lelaki ini golongan yang berumur muda dan berakal pendek, mereka bercakap dengan percakapan yang baik (pada zahirnya), bacaan quran, solat dan puasa kamu tidak setanding bacaan, solat dan puasa mereka, kamu akan rasa solat kamu lekeh berbanding solat mereka, mereka sangka quran yang mereka baca adalah hujah untuk mereka tetapi sebaliknya ia adalah hujah ke atas mereka, mereka membaca quran dengan lunak tetapi ia tidak melepasi halqum mereka, mereka memerangi orang Islam tetapi membiarkan saja para penyembah berhala, mereka terkeluar dari Islam sebagaimana anak panah menembusi sasarannya, dilihat pada mata panah, pengikat mata panah, kayu panah dan sirip panah tiada sebarang kesan darah dan bulunya, sekiranya aku sempat bertemu mereka nescaya aku akan perangi mereka seperti kaum Ad, sekiranya kamu bertemu mereka maka perangilah mereka kerana memerangi mereka menjanjikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah S.W.T. pada Hari Kiamat. Petanda hal itu ialah di kalangan mereka ada seorang lelaki hitam bertangan pendek tanpa lengan, di hujung labu lengannya terdapat lebihan daging seperti payu dara perempuan yang ada beberapa helai bulu putih dan bergerak-gerak. Tanda pengenalan mereka ialah at-tahliq (bercukur kepala), mereka adalah sejahat-jahat makhluk, mereka akan diperangi oleh salah satu daripada dua kumpulan yang lebih dekat kepada kebenaran. Mereka keluar (menentang khalifah) ketika orang ramai dalam keadaan berpecah belah”.

Kata Ali r.a: “Jika tidak kerana bimbangkan kamu mengurangkan amalan, nescaya aku akan beritahu apa (ganjaran) yang Allah telah janjikan untuk orang yang memerangi mereka melalui lidah Nabi Muhammad s.a.w.”. Kata Abu Sa’id r.a: “Aku bersaksi bahawa sesungguhnya aku mendengar (hadith) ini daripada Rasulullah s.a.w. dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya aku bersama (Khalifah) Ali Ibn Abi Talib r.a. telah membunuh mereka, lalu beliau perintahkan agar dicari (mayat) lelaki tersebut sehingga ia djumpai dan dibawa kepadanya, sesungguhnya aku telah melihat tanda-tandanya betul sebagaimana yang telah disifatkan oleh Rasulullah s.a.w.”.


Di sini saya bentangkan di antara ciri ciri Puak Khawarij Moden.
Kelompok khawarij moden telah berkembang pesat ke sebahagian besar negara negara Islam seluruh dunia samada secara individu, kelompok,kumpulan atau jemaah (samada di sedari atau tidak).
    • Sifat Khawarij yang paling keji ialah mudah mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan fahaman kelompoknya.
    • Khawarij gemar mencabar secara egois, emosional,sentimen dan menyerang pemerintah (kerajaan) Islam serta penyokongnya dengan ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis lemah dan palsu serta memberi fatwa yang keliru untuk mengaburi fikiran masyarakat Islam.
    • Mereka pakar spin,memutar-belit, mentakwil, merubah maksud atau menyelewengkan tafsiran Al-Quran mengikut hawa nafsu dan akal fikiran mereka demi mencapai matlamat iaitu untuk memenuhi selera dan kepentingan mereka.
    • Mereka gemar menghalalkan cara.
    • Mereka pakar menyelindung kebatilan dengan kebenaran.
    • Mereka mengaburi masyarakat dengan slogan dan gelaran indah, seperti gelaran yang arif,ulama,mursyid dan al-allamah al-muhaddith (ulama hadith) bagi Tok Tok guru atau pemimpin mereka saperti yang berlaku dalam kumpulan Ahbash di Lubnan.
*(Kemunculan kumpulan Ahbash di Lubnan ketika negara itu berada dalam konflik perang saudara sama seperti puakKhawarij dahulu yang muncul ketika umat Islam berpecah belah. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): “Mereka keluar (menentang khalifah) ketika orang ramai dalam keadaan berpecah belah”. Sebagaimana puak Khawarij mengambil kesempatan untuk menyebarkan kesesatan mereka ketika keadaan umat Islam di zaman khalifah Ali r.a. berpecah belah, maka demikianlah juga kumpulan Ahbash mengambil peluang untuk menyebarkan kesesatan mereka ketika Negara Lubnan berada dalam keadaan huru-hara akibat perang saudara).
  • Mereka gemar di gelar al-Muhakkimah misalnya.Diberi kerana slogan yang sering mereka laungkan ialah ‘tiada hukum melainkan bagi Allah’, kononnya hanya mereka sahaja yang berhukum dengan hukum Allah.Hakikatnya semua itu hanyalah gimik yang bertujuan untuk mengaburi kebatilan yang mereka lakukan terhadap umat Islam.
  • Perbuatan mereka yang buruk dan keji itu telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w., “Adapun sesudah itu: Sesungguhnya kamu akan melihat sikap (ahli bid’ah) yang suka menyalahkan orang lain, maka bersabarlah sampai kamu berjumpa dengan aku.” (Hadis sahih dalam As-Sunan Ibn Abi ‘Asim. No. 1102).
  • Khawarij mudah menimbulkan kekecohan, malah suka kepada pemberontakan.
  • Ingatlah! Pemberontakan terhadap pemimpin Islam adalah ditegah oleh para Salaf as-Soleh. Abu Al-Haris Ahmad bin Muhammad As-Saigh berkata, “Aku melihat Abu Abdullah (Imam Ahmad bin Hambal) mengingkari memberontak kepada pemimpin. Beliau berkata: Aku tidak menyetujui pertumpahan darah (pemberontakan) dan tidak memerintahkannya.” (As-Sunnah, hlm. 89. Hadis Riwayat Abu Bakar Al-Khallal dengan sanadnya yang sahih).
  • Muhammad Soleh Fauzan al-Fauzan hafizahullah pula berkata, “Orang-orang Khawarij menghukum pelaku dosa besar sebagai kafir yang keluar dari Islam, dan apabila mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka ia kekal dalam neraka.” (Zahiratu Tabdi wa-Tafsik wa-Takfir wa-Zawbituha, Bab 7).
  • Atas dasar inilah golongan Khawarij menghukum kafir bagi pemerintah Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud.
  • Mereka gemar menghina dan menjatuhkan maruah para ulama yang tidak sehaluan dengan mereka.
  • Dan Khawarij menghalalkan pemberontakan terhadap penguasa yang melakukan dosa besar.
  • Mereka gemar bertakalluf.Takalluf bermaksud menimbulkan persoalan yang remeh temeh dan tidak perlu



Banyak lagi ciri ciri Khawarij moden yang tak sempat saya paparkan di sini.

Kesimpulannya:
Berdasarkan fakta-fakta di atas, maka dapat disimpulkan bahawa sesiapa sahaja individu atau kumpulan yang mempunyai ciri dan sifat seperti khawarij, maka dialah yang layak untuk digelar khawarij moden.
Demikian juga sebarang perkumpulan yang memiliki dasar dan pegangan yang sama dengan dasar dan pegangan khawarij, maka merekalah yang layak untuk digelar puak khawarij moden.
Semakin banyak aspek persamaan, maka semakin dekatlah mereka dengan golongan tersebut. Meskipun mereka juga tidak pernah mengaku mereka khawarij, namun jika ideologi dan cirinya sama, maka mereka tetap khawarij.
Ya, mereka adalah khawarij dari segi amalan dan pegangan, meskipun mereka bukan khawarij dari segi nama. Nama khawarij tentu tidak wujud pada mana-mana jamaah pada hari ini, kerana tiada sesiapa pun yang begitu bodoh untuk memakai nama kumpulan yang telah disepakati sebagai sesat. Tetapi amalan dan pegangan khawarij mungkin wujud sama ada dalam konteks individu atau kumpulan. Justeru, tulisan ini mengajak pembaca sekelian supaya bermuhasabah agar kita dapat menjauhkan diri, keluarga dan masyarakat daripada terpalit dengan sebarang ciri dan ideologi khawarij yang sesat dan menyesatkan itu.

Wallahu’alam.

Sumber Rujukan:
1.Khawarij Moden : Dr Azwira Abdul Aziz ,Jabatan Pengajian Al-Quran & As-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangiyang beliau bentangkan dalam program Daurah Ta’lim Sunnah Siri II, di Surau al-Muhajirin, Taman Sri Ukay, Kuala Lumpur pada 20 September 2008.

Khamis, Januari 05, 2012

HUKUM PENDERHAKA ! ! !


PENDERHAKA KPD PEMIMPIN .... BOLEH DIHUKUM BUNUH.(Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3443)



Salah satu prinsip di dalam i’tiqad Ahli Sunnah wal-Jama’ah adalah mentaati dan menghormati pemimpin negara di mana dia duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan pemerintah tersebut. Ini adalah sebagaimana telah dijelaskan melalui beberapa tulisan sebelum ini.

Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk: 1 - Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma’ruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang ma’ruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan atau diperintahkan, 2 – Mengakui, menghormati, dan memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka, 3 - Tidak mentaati mereka dalam urusan atau perintah bermaksiat kepada Allah, 4 - Serta tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat kepembangkangan terhadap kepimpinan, dan tidak menghina atau mencela mereka (terutamanya di khalayak umum) walaupun mereka bertindak buruk dan zalim. Ini selagi mana mereka masih tetap menegakkan syi'ar-syi’ar solat dan tidak dilihat padanya kafir bawwaahan (kekafiran yang jelas tanpa dapat ditakwil). 5 - Membenci maksiat atau keburukan yang mereka lakukan dan mengingkarinya dengan cara nasihat dan kaedah-kaedah yang syar’i.

Tanda Taqwa
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمَنْ يُطِعْ الْأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي

“Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/114, no. 2737. Muslim, 9/364, no. 3417)

Beliau juga bersabda:

أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وان كان عبدا حبشيا

“Aku wasiatkan kepada kamu semua supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, dan patuh serta taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi.” (Hadis Riwayat Ahmad, 28/373, no. 17144. Ad-Darimi, 1/57, no. 95. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)

Dalam riwayat Imam Muslim, Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu menyebutkan:

إِنَّ خَلِيلِي أَوْصَانِي أَنْ أَسْمَعَ وَأُطِيعَ وَإِنْ كَانَ عَبْدًا مُجَدَّعَ الْأَطْرَافِ

“Sesungguhnya kekasihku (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) memberi wasiat kepadaku supaya patuh dan taat walaupun yang memimpin adalah seorang hamba yang cacat (hina).” (Hadis Riwayat Muslim, 9/367, no. 3420)

Kaedah asalnya, seorang hamba atau orang yang cacat tidak boleh dilantik menjadi pemimpin. Tetapi apabila ianya telah berlaku dengan sebab-sebab yang tertentu, maka ia tetap wajib ditaati dan diperakui kepimpinannya.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahawa mentaati pemimpin adalah salah satu sebab mendapat jaminan Syurga. Ini adalah sebagaimana kata beliau:

سمعت رسول الله وخطبنا في حجة الوداع، وهو على ناقته الجدعاء، فقال: أيها الناس. فقال رجل في آخر الناس: ما تقول أو ما تريد؟ فقال: ألا تسمعون: إنه لا نبِي بعدي، ولا أمة بعدكم، ألا فاعبدوا ربكم، وصلوا خمسكم، وصوموا شهركم، وأدوا زكاة أموالكم، طيبة بِها أنفسكم، وأطيعوا أمراءكم تدخلوا جنة ربكم

Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyampaikan khutbah pada haji al-Wida’ dalam keadaan baginda menunggang untanya yang kepenatan. Sabda beliau, “Wahai manusia!” Kemudian, seorang lelaki di belakang berkata, “Apakah yang engkau perkatakan atau mahukan?” Sabda Rasulullah, “Adakah kamu tidak mendengar, sesungguhnya tiada lagi nabi selepasku dan tiada lagi ummat selepas kamu. Ketahuilah, hendaklah kamu sentiasa mengabdikan diri kamu kepada Tuhan kamu, solatlah lima waktu, berpuasalah kamu pada bulannya, tunaikanlah zakat dengan harta kamu, berbuat baiklah terhadap diri kamu, dan taatilah pemimpin kamu, pasti kamu akan memasuki Syurga Tuhan.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 36/487, no. 22161. Tahqiq Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih berdasarkan syarat Imam Muslim. Diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi dan katanya hasan sahih)

Ahli Sunnah wal-Jama’ah bersepakat berkenaan kewajiban mentaati pemimpin dan pihak berkuasa. Mereka juga mewajibkan supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak pemimpin selagi mana ianya tidak bertentangan dengan dalil-dalil syara’. Ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

فلا طاعة في المعصية، إنَّما الطاعة في المعروف

“Janganlah kamu mentaati perkara-perkara maksiat. Ketaatan hanyalah dalam perkara yang ma’ruf.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/218, no. 6716)

Perkara ma’ruf di sini adalah merujuk kepada urusan yang bukan maksiat dan bukan kemungkaran. Sama ada ianya perkara yang diwajibkan agama, yang disunnahkan, ataupun yang diharuskan kerana maslahah tertentu. Jika masyarakat diperintahkan supaya melaksanakan perkara-perkara yang diharuskan (tidak dilarang agama), maka hukum mentaatinya menjadi wajib. Sebagai contoh, hukum mematuhi undang-undang jalan-raya yang digubal atas dasar maslahah bersama oleh pihak berkuasa adalah wajib selagi mana ianya bukan maksiat walaupun ianya tidak pernah diwajibkan oleh syara’ secara khusus. Begitu juga sekiranya pemerintah memerintahkan supaya meninggalkan perbuatan demonstrasi jalanan yang sedang hangat diperkatakan hari ini, maka rakyat wajib meninggalkannya. Lebih-lebih lagi perbuatan tersebut termasuk larangan dalam agama.

Kata Imam al-Mubarakfuri rahimahullah, “Apabila seseorang pemerintah memerintahkan sesuatu yang sunnah atau mubah (harus), maka hukumnya menjadi wajib.” (Tuhfatul Ahwadzi, 5/298)

Justifikasi perkara ini adalah bagi memastikan keamanan terjaga sekaligus mengelakkan suasana huru-hara tercetus. Sekiranya masyarakat msing-masing tidak mahu diatur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pemerintah sebaliknya lebih suka bertindak sesuka hati, nescaya negara akan menjadi kacau-bilau dan kelam-kabut.

Ijma’ Ahli Sunnah wal-Jama’ah

Kesepakatan (ijma’) ahli sunnah wal-jama’ah dalam mentaati pemerintah antaranya disebutkan oleh Imam an-Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani. Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H), “Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemerintah serta memerangi (atau membangkang kedudukan kepimpinan) mereka, maka hukumnya adalah haram berdasarkan kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Syarah Shahih Muslim, 12/229)

“Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati pemerintah yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakkan (mutaghallib). Dan kita turut diwajibkan berjihad bersama-samanya. Ini kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila pemerintah melakukan kekafiran yang jelas nyata.” (Fathul Bari, 13/7)

Al-Kirmani berkata, “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) bahawa penguasa yang telah terpilih (sebagai pemimpin) wajib ditaati selagi dia menegakkan solat berjama’ah dan jihad melainkan jika dia melakukan kekafiran yang nyata (murtad). Sehingga tidak ada lagi ketaatan kepadanya. Bahkan wajib memeranginya bagi orang yang mampu.” (Syarah Shahih al-Bukhari, 10/ 169)

Asy-Syarqawi berkata, “Larangan (keharaman) memerangi penguasa yang zalim dan fasiq diambil daripada ijma’ para ulama daripada para tabi’in.” (Hasyiyah asy-Syarqawi, 2/398)

Jauhi Sikap Suka Memberontak

Salah seorang ulama tertinggi anggota Majlis Fatwa ‘Arab Saudi, Syaikh Soleh as-Sadlan hafizahullah mengatakan, “Sebahagian daripada saudara kita menyangka perkara tersebut (pemberontakan) adalah suatu yang baik. Mereka menyangka bahawa yang dimaksudkan dengan sifat kepembangkangan (atau pemberontakan) itu adalah dengan senjata, padahal sebenarnya pemberontakan itu bukan semata-mata dengan senjata dan kekerasan, tetapi termasuk juga dengan lisan (kata-kata). Bahkan pemberontakan dengan lisan itu jauh lebih bahaya. Kerana pemberontakan dengan lisan itu adalah laluan (printis) kepada pemberontakan bersenjata. Kami katakan dengan penuh kejujuran kepada saudara-saudara kami yang terbakar emosinya, kami menganggap mereka berniat baik - insyaAllah. Namun, hendaklah mereka tidak terburu-buru dan menahan diri. Kerana sikap ekstream mereka tersebut hanya akan menumbuhkan kesan negatif dalam hati-hati mereka. Hati mereka sebenarnya kosong (dari nilai ilmu) dan hanya mengenal sentimen kemarahan. Tindakan mereka itu juga hanya akan membuka lebih banyak lagi pintu-pintu kejahatan untuk bertindak dengan cara yang batil.

Pemberontakan dengan kata-kata seperti melalui tulisan, ceramah, seminar, dan media massa yang mengandungi ciri-ciri menaikkan semangat membenci pemerintah adalah termasuk ke dalamnya. Aku memberi peringatan kepada semua dengan peringatan yang tegas. Aku katakan, lihatlah apa hasil yang diperolehi dari setiap tindakan tesebut, dan fikirlah faktor-faktor penyebab timbulnya fitnah ke atas negara-negara Islam. Apabila kita memahami perkara tersebut, maka akan kita ketahui bahawa pemberontakan dengan kata-kata dan media massa untuk menaikkan emosi masyarakat adalah punca pelbagai jenis fitnah (huru-hara).” (Madarikun Nazhar fi as-Siyasah, m/s. 306-307)

Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri hafizahullah menegaskan, “Walau hanya sekadar melakukan provokasi (membangkitkan kebencian dan kemarahan) terhadap pemerintah umat Islam walaupun pemerintah tersebut fasiq, ia telah layak dilabel khawarij (pemberontak).” (Madarikun Nadzar fii as-Siyasah, m/s. 266)

Pembuat Huru-hara Boleh Dihukum
Berkenaan mereka yang bertindak memecah-belahkan kesatuan umat Islam yang telah memiliki pemimpin, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّهُ سَتَكُونُ هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُفَرِّقَ أَمْرَ هَذِهِ الْأُمَّةِ وَهِيَ جَمِيعٌ فَاضْرِبُوهُ بِالسَّيْفِ كَائِنًا مَنْ كَانَ

“Sesungguhnya akan berlaku bencana dan malapetaka, maka sesiapa yang hendak memecah-belah urusan umat ini padahal umat tersebut telah bersatu, bunuhlah mereka dengan pedang walau siapapun orangnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3442)

Dalam riwayat yang lain disebutkan:

مَنْ أَتَاكُمْ وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ يُرِيدُ أَنْ يَشُقَّ عَصَاكُمْ أَوْ يُفَرِّقَ جَمَاعَتَكُمْ فَاقْتُلُوهُ

“Siapa sahaja yang datang kepada kamu sedangkan urusan kamu telah berada di tangan seorang pemimpin, kemudian dia bertindak menggugat kedudukan pemimpin kamu atau memecah-belahkan perpaduan di antara kamu, maka bunuhlah orang tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3443)

Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa:

فيه الأمر بقتال من خرج على الإمام أو أراد تفريق كلمة المسلمين ونحو ذلك وينهى عن ذلك فإن لم ينته قوتل وإن لم يندفع شره إلا بقتله فقتل

“Di dalamnya terdapat perintah untuk membunuh orang yang keluar melakukan penentangan kepada seseorang pemimpin, atau hendak memecah-belah kesatuan (perpaduan) umat Islam dan selainnya. Orang tersebut hendaklah ditegah dari meneruskan perbuatannya, sekiranya ia tidak mahu menghentikannya maka hendaklah diperangi. Apabila kejahatannya tidak dapat dihalang melainkan dengan cara demikian, maka membunuhnya adalah perkara yang dihalalkan.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/241)

Demikianlah secara ringkas manhaj ahli sunnah wal-jama’ah dalam bermu’amalah dan mentaati pemerintah negara. – Wallau a’lam.

Selasa, Januari 03, 2012

Bertabarruk .. Mengambil Berkat Nabi SAW

Bertabarruk dengan peninggalan nabi SAW





Bertabarruk atau mengambil berkat dengan bekas-bekas peninggalan Nabi SAW. Alhamdulillah, minggu lepas Yayasan Sofa dalam lawatan kerja ke Mesir berkesempatan melihat dan menyentuh beberapa bekas peninggalan Nabi SAW yang disimpan di Masjid Saidina Hussein r.a.
Wujud dan tersimpan baiknya bekas-bekas peninggalan nabi SAW itu hingga ke hari ini bukanlah sesuatu yang aneh jika kita melihat pelbagai laporan mengenai sikap generasi sahabat dan tabi'en dalam menghargai dan memelihara bekas-bekas peninggalan ini.
Melalui perbuatan mereka ini kita bukan sahaja mendapat pedoman bahawa bertabarruk ini dibolehkan tetapi juga mendapat gambaran tentang sikap kasih dan hormat yang begitu hebat terhadap nabi SAW yang sepatutnya tersemai di hati kita.

Imam Ahmad RH dan lain-lainnya meriwayatkan daripada Anas r.a: Nabi SAW pernah datang ke rumah Ummu Sulaim. Di dalam rumahnya terdapat qirbah (bekas air daripada kulit) yang tergantung. Lalu Rasulullah SAW minum di bahagian bibir qirbah itu sambil berdiri.
Anas r.a berkata, "Maka Ummu Sulaim memotong bibir qirbah itu dan ia ada pada kami". Maksudnya, Ummu Sulaim memotong mulut qirbah yang pernah menjadi tempat minum Rasulullah SAW. Dia menyimpan dan menjaga barang itu di rumahnya untuk bertabarruk dengan bekas atau kesan Nabi SAW.
Diriwayatkan daripada Yahya ibn al Harith al Zimari, katanya: Aku pernah bertemu dengan Wathilah ibn al Asqa', Aku berkata kepadanya, "Dengan tanganmu ini, engkau membaiah Rasulullah SAW"? Dia berkata: "Ya". Kataku, "Hulurkan tanganmu. Aku akan mengucupnya". Dia pun menghulurkan tangannya kepadaku, lalu aku mengucupnya. (riwayat At-Tabrani)

Menurut riwayat Abu Nu'aim di dalam Al-Hilyah, daripada Yunus ibn Maisarah, disebutkan bahawa beliau berkata: "Kami pernah menziarahi Yazid ibn al-Aswad. Lalu datang Wathilah ibn al-Asqa' r.a. Ketika Yazid melihatnya, Wathilah r.a menghulurkan tangannya. Yazid pun memegang tangan Wathilah r.a, lalu disapu ke muka dan dadanya; kerana Wathilah r.a pernah membaiah Rasulullah SAW.
Wathilah berkata kepadanya: "Wahai Yazid! Bagaimana prasangkamu terhadap Tuhanmu"? Dia menjawab: "Baik". Dia berkata: "Maka bergembiralah kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya Allah SWT berfirman: "Aku mengikut prasangka hambaKu terhadapKu. Jika sangkaannya baik, maka Aku menilainya baik. Jika sangkaannya buruk, maka Aku menilainya buruk". (Al-Hilyah, 9: 306)
Imam al-Bukhari meriwayatkan di dalam Al-Adab al-Mufrad, daripada Abdul Rahman ibn Razin, katanya: Ketika kami melalui daerah Rabzah, ada yang berkata kepada kami, "Di sinilah tempat Salamah ibn al Akwa' r.a berada". Kami pun menemuinya dan mengucapkan salam kepadanya. Lalu dia mengeluarkan kedua-dua belah tangannya seraya berkata: "Aku pernah membaiah Nabi Allah SAW dengan kedua-dua tangan ini".
Kemudian, dia mengeluarkan telapak tangannya yang gemuk dan kasar seperti telapak kaki unta. Maka kami pun berdiri mendekatinya dan mengucupnya. (ms. 144)
Ibnu Saad juga meriwayatkan hadis seperti itu daripada Abdul Rahman ibn Zaid al 'Iraqi. (Tabaqat Ibn Saad, 4: 39)

Demikian juga Imam Bukhari di dalam Al-Adab al-Mufrad meriwayatkan daripada Ibnu Jad'aan: Thabit berkata kepada Anas r.a: "Apakah engkau pernah menyentuh Nabi SAW dengan tanganmu"? Dia menjawab: "Ya, pernah". Lalu Thabit mengucup tangan Anas. (ms. 144)
Imam al-Bukhari juga meriwayatkan dalam kitab yang sama daripada Suhaib, katanya: "Aku pernah melihat Saidina Ali r.a mengucup tangan al-Abbas r.a dan kedua-dua belah kakinya". (ms. 144)
Diriwayatkan daripada Thabit, katanya: Dahulu, jika aku datang kepada Anas r.a, dia akan diberitahu mengenai kedudukanku. Lalu, aku masuk kepadanya dan memegang kedua-dua belah tangannya serta mengucupnya. Aku berkata: "Demi ayahku! Kedua-dua belah tangan ini pernah menyentuh Nabi SAW". Aku juga mengucup kedua-dua belah matanya, dan aku berkata: "Demi ayahku! Kedua-dua mata ini pernah melihat Rasulullah SAW". (Disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam al-Matolib al-'Aliyyah (4: 111)

 
Umat islam amat digalakkan menziarahi makam Rasulullah SAW sebagai tanda kasih dan cinta kepada baginda.

Kerajaan Idrisiyah di Fez (Maghribi)

Kota Fez dibangunkan oleh Idris II pada 809 Masihi ..




KOTA Fez di Maghribi pernah menjadi kota penting, iaitu sebagai ibu kota pertama negara itu dan pusat spiritual Islam. Fez didirikan pada 789 Masihi oleh Idris bin Abdullah, seorang keturunan Nabi Muhammad SAW yang melarikan diri ke Maghribi kerana dianiaya oleh Kerajaan Abbasiyah. Beliau kemudiannya mendirikan Kerajaan Idrisiyah di Fez.
Fez kemudian dibangunkan oleh Idris II pada 809 Masihi dan berkembang dengan pesat serta menjadi ibu kota pemerintahan Idrisiyah. Fez menjadi tumpuan imigran Islam dari Cardova dan Qairawan.
Selain menjadi pusat gerakan politik dan agama dalam melawan penjajahan Perancis pada awal abad ke-20, Fez juga menjadi pusat pendidikan dan kebudayaan dengan adanya Universiti-Masjid Qairawan.
Gerbang kota Fez, merupakan salah satu gambaran kebesaran kota ini pada abad pertengahan. Fez juga sarat dengan peninggalan lainnya yang masih dapat kita lihat sehingga kini.
Idrisyiah
Selama 300 tahun sejak didirikan, Fez dikuasai Kerajaan Idrisiyah, Fez kemudian jatuh ke tangan al-Murabitun pada 1075 dan al-Mwahhidun pada 1145. Pada 1248, Fez direbut oleh Kerajaan Mariniyah dan dijadikan ibu kota.
Ketika kaum Sa'adiah berkuasa, mereka memilih Marakesh sebagai ibu kota. Ketika Sultan Maghribi, Abdul Aziz bin Hassan naik takhta, Fez kembali menjadi ibu kota. Namun pada 1911, kota ini dikuasai oleh Perancis.

UniversitI Qairawan
Kewujudan Masjid dan Universiti Qairawan menjadikan Fez terkenal sebagai pusat kajian Islam. Peninggalan lain berupa kota, pintu gerbang, istana dan madrasah masih dapat ditemui sekarang. Sejumlah madrasah tidak lagi berfungsi selain sebagai tempat ibadat.
Meskipun sejumlah karya seni di kota ini telah hilang keasliannya, namun Fez tetap menggambarkan sebuah kota besar kuno yang pernah terkenal. Masjid Qairawandi kota Fez dibina pada masa Yahya I bin Muhammad dari kerajaan Idrisiyah. Masjid ini dapat menampung hampir 10,000 jemaah.

Pusat Kemerdekaan
Ketika ini, peranan Fez sebagai sebuah kota negara yang utama telah berkurangan meskipun masih menjadi ibu kota wilayah. Peranannya sebagai pusat pemerintahan digantikan oleh Rabat. Casablanca juga telah menggantikannya sebagai pusat perdagangan negara.
Namun keluarga terkemuka dari Fez masih memainkan peranan di kalangan elit politik Maghribi. Fez sebagai pusat sejarah nasional dan pusat keagamaan Islam.
Selain masjid, kota Fez ada banyak bangunan madrasah, kewujudan Madrasah Bu'inaniyah dan madrasah yang lain membuatkan kota Fez dikenal sebagai pusat kebudayaan dan pendidikan.

Gerakan Kemerdekaan
Ketika Perancis berkuasa di Maghribi, muncul gerakan penentangan yang berasaskan agama untuk melawan Perancis di Fez. Sebagai pusat keagamaan, Fez menjadi tempat munculnya protes keagamaan dari gerakan Salafiah dan pemberontakan golongan nasionalis.
Betapa aksi demonstrasi penting berlangsung di sana, dan para pemimpinnya berperanan penting dalam gerakan kemerdekaan Maghribi. Kepemimpinan Parti Kemerdekaan Parti Kemerdekaan juga disusun terutama oleh golongan elit politik dari Fez.

 
Peninggalan Kota Fez berupa kota, pintu gerbang, istana dan madrasah masih dapat ditemukan sekarang ini.

Isnin, Disember 19, 2011

Istana Nabi Allah Sulaiman !

Dikatakan kepadanya : " Masuklah ke dalam istana. Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya". Berkatalah Sulaiman : " Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca" Berkatalah Balqis :"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam"."(QS An Naml 44)

Catatan sejarah mengungkapkan pertemuan antara Sulaiman dengan Ratu Saba berdasarkan penelitian yang dilakukan negeri tua Saba di Yaman Selatan. Penelitian yang dilakukan terhadap reruntuhan mengungkapkan bahwa seorang "ratu" yang pernah berada di kawasan ini hidup antara 1000 s/d 950 SM dan melakukanperjalanan ke Utara ( ke Jerusalem).

Keterangan lebih terperinci tentang apa yang terjadi diantara dua orang penguasa, kekuatan ekonomi dan politik dari dua negara ini, pemerintahan mereka dan hal lain yang lebih terperinci semuanya diterangkan dalam Surat An Naml. Kisah yang meliputi sebagian besar surat An Naml, memulai keterangannya tentang ratu Saba berdasarkan berita yang dibawa oleh seekor burung Hud, salah satu tentara nabi Sulaiman kepadanya :

Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata;"Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini.

Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar.

Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak mendapat petunjuk, agar mereka tidak menyembah Allah Yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan Yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan.

Allah, tiada Tuhan Yang Disembah kecuali Dia, Tuhan Yang mempunyai Ársy yang besar". Berkata Sulaiman :"Akan kami lihat, apa kamu benar ataukah kamu termasuk orang-orang yang berdusta." ( QS An Naml 22-27).


Setelah menerima berita dari burung hud ini, Sulaimanpun memberikan perintah sebagai berikut :

Pergilah dengan (membawa) suratku ini, lalu jatuhkanlah kepada mereka kemudian berpalinglah dari mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan".(QS. An Naml: 28).

Setelah ini, al-Qur'an mengemukakan kejadian yang berkembang setelah Ratu Saba menerima surat tersebut:

Berkata ia (Balqis) : "Hai pembesar-pembesar, sesunguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia. Sesungguhnya surat ini dari Sulaiman dan sesungguhnya (isinya): "Dengan menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahwa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri".

Berkata dia (Balqis) ; "Hai para pembesar berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majelis(ku)".

Mereka menjawab: "Kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan (juga) memiliki keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan".

Dia berkata: "Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, niscaya mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan dan demikian pulalah apa yang akan mereka perbuat. Dan sesungguhnya aku akan mengirimkan utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah dan (aku akan) menunggu apa yang dibawa kembali oleh utusan-utusanku itu.



Maka tatkala utusan itu sampai kepada Sulaiman, Sulaimanpun berkata: Äpakah (patut) kamu menolong aku dengan harta? Maka apa yang diberikan oleh Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikan-Nya kepadamu; tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu.

Kembalilah mereka sungguh Kami akan mendatangi mereka dengan bala tentara yang mereka tidak kuasa melawannya, dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka menjadi (tawanan-tawanan) yang hina dina".

Berkata Sulaiman: "Hai pembesar-pembesar siapakah diantara kamu sekalian yang sanggp membawa singgasananya kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri". Berkata Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin:"Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya".

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab:"Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip". Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana tersebut terletak dihadapannya, iapun berkata :Ïni termasuk karunia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan ni'mat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia".

Dia berkata: "Robahlah baginya singgasananya; maka kia akan melihat apakah dia mengenal ataukah dia termasuk orang-orang yang tidak mengenali(nya)".

Dan ketika Balqis datang, ditanyakanlah kepadanya: "Serupa inikah singgasanamu?". Dia menjawab: "Seakan-akan singgasana ini singgasanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kami adalah orang-orang yang berserah diri".

Dan apa yang disembahnya selama ini selain Allah, mencegahnya ( untuk melahirkan ke-Islamannya), karena sesungguhnya ia dahulunya termasuk orang-orang yang kafir. Dikatakanlah kepadanya: "Masuklah ke dalam istana". Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar dan disingkapkannya kedua betisnya". Berkatalah Sulaiman: "Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dai kaca". Berkatalah Balqis: ¼a, Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam". (QS An Naml 29-44).

Sebuah peta yang menunjukkan dua buah jalur perjalanan ratu Saba.




Istana SulaimanDalam surat dan ayat yang menerangkan tentang ratu Saba, Nabi Sulaiman juga disebutkan. Dalam Al Qurán diceritakan bahwa Sulaiman mempunyai kerajaan serta istana yang mengagumkan dan banyak perincian lain yang diberikan.

Berdasarkan ini, Sulaiman dapatlah dikatakan memiliki teknologi yang maju dimasanya. Di istananya terdapat berbagai karya seni dan benda-benda berharga, yang mengesankan bagi semua yang menyaksikanya. Pintu gerbang istana terbuat dari gelas. Penyebutan Al Qurán dan akibatnya terhadap ratu Saba disebutkan dalam ayat berikut :

. Dikatakanlah kepadanya: "Masuklah ke dalam istana". Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar dan disingkapkannya kedua betisnya". Berkatalah Sulaiman: "Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dai kaca". Berkatalah Balqis: ¼a, Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam".(QS An Naml 44).
Setelah kuil Sulaiman dihancurkan, satu-satunya dinding/tembol kuil yang tersisa diubah menjadi "Tembok ratapan"oleh Yahudi. Setelah penaklukan Jerusalem di abad 7, kaum Muslim membangun Masjid Umat dan Kubah Batu dimana kuil tersebut dahulunya berada. Dalam gambar disebelah kanan tampak Kubah Batu.

Istana Nabi Sulaiman disebut dengan "Solomon Temple/Kuil Sulaiman" dalam literatur bangsa Yahudi. Saät ini, hanya "Tembok sebelah Barat" yang tersisa dari bangunan kuil atau istana yang masih berdiri, dan pada saat yang bersamaan tempat ini dinamakan "Tembok Ratapan/Wailing Wall"oleh orang Yahudi. Alasan mengapa istana ini, sebagaimana banyak tempat lain yang berada di Jerusalem kemudian dihancurkan adalah dikarenakan tindakan jahat serta kesombongan dari bangsa Yahudi. Hal ini diberitahukan oleh Al Qurán sebagai berikut :

Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerusakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar". Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka merajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.

Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.(QS al Isra 4-7).

Kuil Sulaiman memiliki teknologi yang paling maju saat itu dan pemahaman estetika yang unggul. Pada gambar di atas ditunjukkan pusat kota Jerusalem selama masa pemerintahan Nabi Sulaiman.
1) Pintu Barat daya
2) Istana Ratu
3) Istana Sulaiman
4) Pintu gerbang dengan 32 pilar
5) Gedung pengadilan
6) Hutan Libanon
7) Kediaman pendeta tingkat tinggi
8) Pintu masuk ke kuil
9) Alun-alun kuil
10) Kuil Sulaiman

Seluruh kaum yang disebutkan dalam bab-bab terdahulu patut mendapatkan hukuman karena pemberontakan mereka dan ketidak bersyukuran mereka atas karunia Allah, dan makanya merekapun ditimpa bencana. Setelah berpindah-pindah dari satu tempat ke tempat lain tanpa negara dan wilayah, dan akhirnya menemukan sebah rumah di tanah suci pada masa Sulaiman, bangsa Yahudi sekali lagi dihancurkan karena perilaku mereka yang diluar batas, dan karena tindakan mereka yang merusak dan membangkang. Yahudi modern yang telah menetap di daerah yang sama dengan daerah dimasa lalu, kembali menyebabkan kerusakan dan "berbesar hati dengan kesombongan yang luar biasa" sebagaimana mereka lakukan sebelum peringatan yang pertama.

Rabu, Disember 14, 2011

Rahsia Kekayaan Hati.

Apa Rahsia Kekayaan ? 

Bismillah, Alhamdulillah.
Kembali lagi saudaraku muslimin di Blog ini. InsyaALLAH kita share tentang  Rahsia Kekayaan Hati.

Saya selalu ingat dan dengar; "Jadilah Orang Kaya". 
Namun, banyak orang yang tidak menyedari bahwa yang paling penting di dalam hidup ini bukanlah bagaimana mahu menjadi kaya, tetapi bagaimana mahu membangun orientasi akhirat atas harta yang kita dapatkan atau telah kita miliki.

Apa Rahsia Kekayaan Hati ? 

1. Membangun Pribadi Qana’ah 
Qana’ah iaitu rela menerima dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki, serta menjauhkan diri dari sifat tidak puas yang berlebihan. Orang yang qana’ah selalu giat bekerja dan berusaha. Namun, bila hasilnya tidak sesuai dengan yang diharapkan, ia tetap rela menerima hasil tersebut dengan rasa syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sikap ini merupakan sifat dasar seorang mukmin yang boleh mendatangkan rasa tenteram dalam hidup dan menjauhkan diri dari sifat haloba serakah dan tamak. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya beruntunglah orang yang masuk Islam dan rezekinya cukup dan merasa cukup dengan apa-apa yang telah Allah berikan kepadanya,” (Riwayat Muslim).

Orang yang qana’ah memiliki pendirian bahwa apa yang diperoleh atau yang ada pada dirinya adalah ketentuan Allah Ta’ala. Firman-Nya,”Tiada sesuatu mahluk yang melata di bumi melainkan ditangan Allah rezekinya.” (Huud [11]: 6)

2. Menjadi Pribadi Zuhud
Zuhud bererti berpaling dari sesuatu kerana hinanya sesuatu tersebut dan kerana (seseorang) tidak memerlukannya. Dalam bahasa Arab terdapat ungkapan “syai`un zahidun” yang berarti “sesuatu yang rendah dan hina”. 

Menurut Al-Hasan Al-Bashri, zuhud itu bukan mengharamkan yang halal atau mengutamakan harta. Namun, zuhud di dunia adalah, ”Engkau lebih mempercayai apa yang dikurniai Allah dari pada apa yang ada pada kamu. Keadaanmu antara ketika tertimpa musibah dan tidak adalah sama saja, sebagaimana antara orang yang memujimu dengan yang mencelamu sama dalam kebenarannya.”

Hal itu timbul dari keyakinannya yang kuat dan percaya terhadap kekuasaan Allah Ta’ala. Abu Hazim az-Zahid pernah ditanya, “Berupa apakah hartamu?” Beliau menjawab, “Dua perkara. Aku tidak pernah takut miskin karena percaya kepada Allah Ta’ala, dan tidak pernah mengharapkan apa yang ada di tangan orang lain, sedangkan Rabb-ku adalah pemilik langit, bumi, serta apa yang berada di antara keduanya.”

Zuhud bukan berarti meninggalkan hal-hal duniawi dan menjauhinya. Lihatlah Nabi SAW, teladan bagi orang-orang yang zuhud. Beliau mempunyai sembilan isteri. Para Sahabat juga mempunyai isteri-isteri dan harta. Di antara mereka bahkan sangat kaya raya. Semuanya ini tidaklah mengeluarkan mereka dari hakikat zuhud yang sebenarnya.

Dalam Hadits qudsi Allah Ta’ala berfirman, Wahai anak Adam, kosongkanlah gudangmu untuk memenuhi apa yang ada di sisi-Ku. Engkau akan selamat dari kebakaran, kebanjiran, pencurian, dan kejahatan. Itu semua lebih engkau butuhkan,” (Riwayat Thabrani dan Baihaqi). 

3. Menjadi Insan Bersyukur
 Diberi kesempatan hidup sudah merupakan anugerah dan kenikmatan yang luar biasa, apalagi ditambah dengan berbagai aneka nikmat lainnya. Orang yang tidak merasa pernah cukup terhadap nikmat yang sudah diberikan, selamanya akan miskin. Adapun orang yang ridha dan bersyukur itu maka dialah orang kaya yang sesungguhnya.

Imam Syafii pernah berpesan,In kunta dza qalbin qanu’in, fa anta wa malikuddun-ya sawa’u (bila engkau memiliki hati yang penuh [ridha dan puas dengan kurnia] maka engkau dan raja dunia itu sama saja.”
Yang membuat seseorang tidak bersyukur adalah kerana hidupnya dipenuhi oleh keinginan yang tak berhujung. Di sinilah urgensi kesadaran akan banyaknya nikmat Allah Ta’ala sehingga diperlukan kesyukuran sebagai tanda kekayaan hati. Sehingga ukurannya kekayaan bukanlah melimpahnya harta.

4. Menjadi Pribadi yang Senang Memberi
Islam mengajarkan umatnya agar menjadi pemberi dan bukan sebaliknya. Sebab, tangan di atas lebih baik dari pada tangan di bawah. Tatkala seseorang telah berfikiran pemberi, maka mereka merasa tenang jiwanya kerana keinginan jiwanya itu telah dipenuhi.

Orang seperti ini biasanya tidak suka mengumpulkan harta benda, bahkan merasa segan  dan malu untuk melakukannya. Orang begini tak mungkin ia akan mengambil harta yang bukan haknya sedangkan harta miliknya diberikan kepada orang lain.

Berdasarkan dalil dan kenyataan, siapa pun yang banyak memberi ia akan banyak menerima pula.
Imam Al-Qayyim berkata, “Sesungguhnya sedekah (memberi) memiliki khasiat yang menakjubkan dari ditimpa bahaya sekalipun orang yang bersedekah adalah orang yang berbuat dosa, zalim, atau bahkan kafir. Maka dari itu dengan sedekah, sungguh Allah Ta’ala menahan bagi penderma berbagai macam bahaya. Hal ini sudah diketahui seluruh penduduk bumi. Mereka telah memahami kebaikan yang luar biasa dari sedekah, kerana mereka telah mencubanya,” (Buku Rahasia di Balik Sedekah oleh Ibrahim Fathi Abdul Muqtadar)

Giat Membangun Mental
Mental kaya sesungguhnya dapat dibiasakan atau dilatih hingga seseorang yang awalnya bakhil dapat berubah menjadi dermawan. Adapun untuk mengembangkan mental kaya, cara-cara berikut mesti kita terapkan:

Pertama, menyakini bahwa harta yang mutlak kita miliki adalah harta yang diberikan sebagai wujud ketaatan terhadap Allah Ta’ala, dan sebagai amal jariah untuk mendapatkan janji dan jaminan Allah Ta’ala.

Di dalam al-Qur`an surat Ali Imran [3] ayat 133-134, Allah Ta’ala telah menjelaskan bahwa orang yang bertakwa itu adalah orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik di waktu lapang maupun sempit.

Kedua, tidak takut miskin karena rajin bersedekah, sebagaimana nasehat Rasulullah SAW kepada Shahabat Bilal: Bersedekahlah wahai Bilal! Jangan takut kekurangan dari pemilik ‘Arsy,” (Riwayat Bazzar dan Thabrani).
Pada dasarnya harta adalah milik Allah Ta’ala. Manusia hanyalah pengelola saja. Bagi orang-orang mukmin, keberadaannya mutlak sudah bertransaksi dengan Allah Ta’ala seperti firman-Nya, “sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka… (At-Taubah [9]: 111) 

Ketiga, takut ancaman dan hukuman dari Allah Ta’ala untuk orang-orang bakhil. Hal ini dijelaskan oleh Allah Ta’ala dalam al-Quran surat Ali Imran [3] ayat 180, bahwa kelak, harta yang mereka bakhilkan akan dikalungkan di leher mereka pada hari kiamat.

Keempat, meyakini bahwa pemberian yang ia lakukan pada hakikatnya adalah untuk dirinya sendiri, bukan orang lain yang menikmatinya.

Barangsiapa takut kepada Allah Ta’ala dalam masaalah harta lalu membelanjakannya sesuai dengan yang diridhai-Nya, atau untuk menolong agama-Nya, niscaya Allah Ta’ala akan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka. Allah Ta’ala berfirman,”Dan kebaikan apa saja yg engkau perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh-nya disisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. (Al-Muddatstsir [74]: 20)

Kelima, memiliki keinginan kuat untuk mendapatkan naungan pada Hari Pembalasan, yakni saat kesulitan manusia memuncak dan matahari didekatkan dengan ubun-ubun manusia.

Ketika itulah orang-orang yang suka bersedekah mendapat jaminan. Dalam hadits riwayat Abu Hurairah disebutkan, ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi Allah pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya. Salah satunya adalah, Laki-laki yang bersedekah dan menyembunyikannya, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga anda dan saya diri sendiri dapat menginsafinya, amin.