Merentasi Sempadan Jama'ah-jama'ah Islam
Di antara bukti berlaku perpecahan di kalangan umat Islam pada hari ini adalah munculnya pelbagai bentuk jamaโah-jamaโah atas nama Islam. Kemudian diikuti pula sikap taksub dari kalangan ahli dan pendukung jamaโah terhadap jamaโah-jamaโah tersebut.
Lebih menguatkan lagi perkara ini adalah apabila setiap jamaโah saling bertelagah, saling menyerang, dan saling membelasah di antara satu jamaโah dengan jamaโah-jamaโah yang lain.
Kepelbagaian Ideologi Pemikiran
Ketika ini, kita amat sering digemparkan dengan pelbagai isu semasa yang sangat menyentuh sensitiviti dalam beragama. Pelbagai manhaj dan ideologi pemikiran melanda masyarakat ketika ini. Kita tidak pernah sunyi dari isu ajaran syiโah, mazhab demonstrasi, ideologi kepembangkangan, isu-isu demokrasi, dan yang terbaru isu ideologi seks bebas atas kerangka ideologi mazhab hak asasi manusia. Selain itu, kita juga tidak kering dengan isu-isu murtad dan ajaran sesat.
Sebenarnya fenomena seperti ini bukanlah suatu yang baru. Kalau kira-kira seribu tahun lalu kita dapat lihat dari bacaan sejarah akan kewujudan mazhab-mazhab aqidah yang sesat seperti Khawarij, Rafidhah, Qadariyah, Jahmiyah, Murjiโah, dan Jabariyah. Kemudian dari kelompok-kelompok ini berkembang pula kelompok-kelompok yang lainnya seperti Muktazilah, sufi, tasawuf, al-Asyaโirah serta yang seumpamanya. Demikian juga pada hari ini sebenarnya tidak jauh beza keadaan yang melanda. Ideologi pemikiran yang dibawa tetap sama, tapi mungkin label dan penamaan sahaja yang berubah.
Di antara punca lahirnya mazhab-mazhab sesat seperti ini adalah kerana mengabaikan manhaj yang benar dalam menghadam dalil-dalil al-Qurโan dan as-Sunnah. Di samping kejahilan dan sikap hawa nafsu, kelompok-kelompok ini turut mengasaskan kerangka mazhab-mazhab mereka dengan akal, mantiq, dan falsafah. Kemudian dengan kerangka mazhab inilah setiap jamaโah dan kelompok tadi menyeru manusia kepadanya.
Sedangkan Allah Subhanahu wa Taโala telah berfirman:
ู ููู ุงูููุฐูููู ููุฑูููููุง ุฏููููููู ู ููููุงูููุง ุดูููุนูุง ููููู ุญูุฒูุจู ุจูู ูุง ููุฏูููููู ู ููุฑูุญูููู
โJanganlah kamu termasuk orang-orang yang mensyirikkan Allah, iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berpecah-belah mengikut puak. Setiap puak berbangga dengan apa yang ada pada puak masing-masing.โ (Surah ar-Ruum, 30: 31-32)
Isyarat Perpecahan
Sebenarnya fenomena perpecahan di kalangan umat Islam ini telah dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu โalaihi wa Sallam sejak lebih 1400 tahun dahulu. Rasulullah Shallallahu โalaihi wa Sallam bersabda:
ููุฅูููู ุจูููู ุฅูุณูุฑูุงุฆููู ุชูููุฑููููุชู ุนูููู ุซูููุชููููู ููุณูุจูุนูููู ู
ููููุฉุ ููุชูููุชูุฑูู ุฃูู
ููุชูู ุนูููู ุซูููุงุซ ููุณูุจูุนูููู ู
ููููุฉุ ูููููู
ู ููู ุงููููุงุฑ ุฅููููุง ู
ููููุฉ ููุงุญูุฏูุฉุ ููุงูููุง: ู
ููู ูููู ููุง ุฑูุณููู ุงููููู ุ ููุงูู: ู
ูุง ุฃูููุง ุนููููููู ููุฃูุตูุญูุงุจูู
โSesungguhnya bani Israel telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, dan umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan. Mereka semua di Neraka kecuali satu golongan.โ
Para sahabat bertanya, โSiapakah dia (yang selamat) wahai Rasulullah?โ Beliau menjawab, โApa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.โ (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai hasan oleh al-Albani)
Sebagaimana yang penulis sebutkan berkaitan kewujudan firqah-firqah sesat tadi, pada hari ini kita mungkin melihat nisbat kelompok-kelompok pengaku jamaโah-jamaโah Islam seperti Tabligh, Qurโaniyuun, Hizbut Tahrir, Ikhwanul Muslimin, Wahhabi, al-Ahbash, Ahlul Bait, dan seumpamanya. Setiap mereka masing-masing mendabik dada bahawa merekalah yang paling benar di samping saling menghentam di antara satu dengan yang lainnya.
Perbezaan ketara dalam setiap mazhab aqidah dan pemikiran yang dipegang menjadikan setiap kelompok ini gagal disatukan walaupun setiap mereka sama-sama umat Islam.
Di antara mereka ada yang berhujah dengan dalil kasyaf dan mimpi, ada yang menolak hadis ahad, ada yang menjadikan pembangkangan terhadap pemerintah sebagai ibadah, ada yang menyeru kepada slogan โIslam moderateโ, ada yang menyeru kepada mazhab arus perdana, dan ada pula yang menyesatkan dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah selaku pembawa agama yang terpercaya. Sebenarnya ini semua bermula dari sikap mendahulukan hawa nafsu dan akal berbanding nash-nash syariโat.
Jama'ah Yang Benar
Walaupun Rasulullah Shallallahu โalaihi wa Sallam telah mengisyaratkan berlakunya perpecahan besar di kalangan umat Islam, beliau juga telah mengkhabarkan tentang jamaโah yang selamat dari sekian banyak golongan yang wujud dalam kalangan umat Islam. Sebagai umat Islam yang memiliki fitrah yang murni, sudah tentu kita akan berusaha untuk menyertai golongan yang selamat tersebut. Dan bukan sebaliknya dengan mencari-cari dalil dan membuat akal untuk memenangkan kelompok masing-masing walaupun telah jelas kesesatan dan ketergelincirannya dari agama.
Dari hadis di atas, ketika para sahabat bertanya:
ู
ููู ูููู ููุง ุฑูุณููู ุงููููู ุ ููุงูู: ู
ูุง ุฃูููุง ุนููููููู ููุฃูุตูุญูุงุจูู
โSiapakah dia (yang selamat) wahai Rasulullah?โ Beliau menjawab, โApa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.โ (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai hasan oleh al-Albani)
Dalam riwayat yang lain:
ููุณูุจูุนูููู ุซูููุชูุงูู ููุณูุจูุนูููู ููู ุงููููุงุฑู ููููุงุญูุฏูุฉู ููู ุงููุฌููููุฉู ูููููู ุงููุฌูู
ูุงุนูุฉู
โ... 72 di neraka, dan yang 1 di dalam jannah, dan mereka itu adalah al-Jamaโah.โ (Hadis Riwayat Abu Daud, 12/196, no. 3981. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Dalam riwayat yang lain:
ุชุฎุชูู ูุฐู ุงูุฃู
ุฉ ุนูู ุซูุงุซ ูุณุจุนูู ูุฑูุฉุ ุงุซูุชุงู ูุณุจุนูู ูู ุงููุงุฑ ููุงุญุฏุฉ ูู ุงูุฌูุฉ. ูููุง: ุงูุนุชูู
ููุง ูุงู: ุงูุณูุงุฏ ุงูุฃุนุธู
โAkan berpecah umatku ini menjadi 73 firqah, 72 golongan di neraka dan hanya 1 di jannah. Satu golongan itu adalah as-Sawaadul Aโzham.โ (Hadis Riwayat al-Lalikaโi, Syarah Ushul Iโtiqad, 1/155, no. 131. ath-Thabrani, 8/273, no. 8051. Kata al-Haitsami, โPara perawinya tsiqahโ)
Persoalannya, siapakah yang dimaksudkan oleh hadis ini sebagai al-Jamaโah dan as-Sawaadul Aโzham? Maka riwayat pertama dan riwayat-riwayat yang lainnya sebenarnya saling menjelaskan. Al-Jamaโah dan as-Sawaadul Aโzham adalah sesiapa sahaja yang berjalan di atas jalan agama Rasulullah bersama-sama para sahabatnya.
Beruntunglah jamaโah Islam yang berjalan di atas jalannya Rasulullah bersama-sama para sahabatnya. Biarpun mereka itu sedikit jumlahnya dengan kadar 1 nisbah 72. Rasulullah Shallallahu โalaihi wa Sallam bersabda:
ุจูุฏูุฃู ุงููุฅูุณูููุงู
ู ุบูุฑููุจูุง ููุณูููุนููุฏู ููู
ูุง ุจูุฏูุฃู ุบูุฑููุจูุง ููุทููุจูู ููููุบูุฑูุจูุงุกู
โIslam itu bermula asing lagi aneh (ganjil) dan akan kembali asing sebagaimana asal datangnya. Maka beruntunglah mereka yang dianggap aneh (asing).โ (Hadis Riwayat Muslim, 1/350, no. 208)
Dalam riwayat yang lain:
ููุทููุจูู ููููุบูุฑูุจูุงุกู ุงูููุฐูููู ููุตูููุญูููู ู
ูุง ุฃูููุณูุฏู ุงููููุงุณู
โMaka beruntunglah mereka yang dianggap asing, iaitu orang-orang yang melakukan islah (pembaikan) di ketika manusia berkeadaan rosak.โ (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 9/219, no. 2554. At-Tirmidzi mensahihkannya)
Dalam riwayat yang lain:
ุฅูููู ุงููุฅูุณูููุงู
ู ุจูุฏูุฃู ุบูุฑููุจูุงุ ููุณูููุนููุฏู ููู
ูุง ุจูุฏูุฃูุ ููุทููุจูู ููููุบูุฑูุจูุงุกู "ุ ููููู: ููู
ููู ุงููุบูุฑูุจูุงุกู ุ ููุงูู: " ุงููููุฒููุงุนู ู
ููู ุงููููุจูุงุฆููู
โSesungguhnya Islam itu bermula asing (ganjil) dan akan kembali asing sebagaimana asal datangnya. Maka beruntunglah mereka yang dianggap aneh (asing).โ (Para sahabat) bertanya:
โSiapakah al-Ghurobaโ (golongan yang asing) itu?โ Rasulullah bersabda, โOrang-orang yang menjauhi sikap berpuak-puak.โ (Hadis Riwayat Ahmad, 6/325, no. 3784. Kata Syuโaib al-Arnauth, โIsnadnya sahih di atas syarat Muslimโ)
Label atau Manhaj?
Berdasarkan dalil-dalil yang diutarakan, label bukanlah menjadi fokus, sebaliknya manhaj dan prinsip menjadi pegangan. Iaitu agar selari dengan jalan Rasulullah Shallallahu โalaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya dalam beragama. Iaitu hanya tunduk dengan hujah dan kebenaran, bukan menegakkan taksub, fanatik, dan memperjuangkan ashabiyyah jamaโah masing-masing. Sebaliknya menempatkan diri di dalam kebenaran, mengamalkannya, dan mendakwahkannya.
Kata Ibnu Masโoud radhiyallahu โanhu:
ุฅูู
ุง ุงูุฌู
ุงุนุฉ ู
ุง ูุงูู ุทุงุนุฉ ุงููู ูุฅู ููุช ูุญุฏู
โSesungguhnya al-Jamaโah itu adalah dengan mentaati Allah walaupun engkau berseorangan.โ (Syarah Ushul Iโtiqad, 1/163)
Dalam riwayat yang lain:
ุงู ุฌู
ููุฑ ุงููุงุณ ูุงุฑููุง ุงูุฌู
ุงุนุฉ ูุฃู ุงูุฌู
ุงุนุฉ ู
ุง ูุงูู ุงูุญู ูุฃู ููุช ูุญุฏู
โSesungguhnya kebanyakan manusia berpecah dari al-Jamaโah dan al-Jamaโah itu adalah apa yang bersesuaian dengan kebenaran walaupun engkau berseorangan.โ (al-Baโits โala Inkaril Bidaโ wal Hawadits, 1/22)
Sebaliknya, ashabiyyah pula adalah (sebagaimana dalam sebuah hadis), Daripada Watsilah Bt. al-Asqaโ, ayahnya berkata:
ููููุชู ููุง ุฑูุณูููู ุงูููููู ู
ูุง ุงููุนูุตูุจููููุฉู ููุงูู ุฃููู ุชูุนูููู ููููู
ููู ุนูููู ุงูุธููููู
ู
โAku pernah bertanya, โWahai Rasulullah, apakah dia ashabiyyah?โ Rasulullah menjawab, โEngkau menolong kaummu dalam kezaliman (kebathilan).โ (Hadis Riwayat Abu Daud, 13/323, no. 4454. Dinilai hasan lighairihi oleh Syuโaib al-Arnauth)
Tapi sayangnya sikap ashabiyyah inilah yang meracuni jamaโah-jamah Islam hari ini. Setiap jamaโah saling mendabik dada mendakwa kebenaran bersama-sama mereka. Setiap mereka ego dengan kelompok sendiri sehingga tidak mungkin akan bersatu melainkan atas label atau nama jamaโah masing-masing.
Sikap dan karektor seperti ini jauh menyelisihi ciri-ciri golongan yang selamat yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu โalaihi wa Sallam. Iaitu golongan yang bersatu di atas manhaj kebenaran. Suatu kerangka manhaj yang memahami al-Qurโan dan as-Sunnah sebagaimana kefahaman para sahabat ridhwanullah โalaihim ajmaโin.
Bukan kefahaman yang dibina atas hawa nafsu dan mendahulukan akal atas nash-nash syariโat. Bukan juga bentuk-bentuk kesatuan yang dibina atas nama parti, nama jamaโah, atau nama-nama organisasi yang mencampur-adukkan pelbagai pemikiran dan manhaj sesat yang dinobatkan dengan nama agama dan kebenaran.
Sebab itulah dapat kita lihat hari ini begitu ramai tokoh-tokoh mengaku ulama bijak pandai yang berhujah dengan al-Qurโan dan as-Sunnah, tetapi saling bertelagah di antara satu sama lain. Ini menjadi bukti wujudnya suatu jurang perbezaan manhaj yang besar dalam memahami Islam di antara satu jamaโah dengan jamaโah-jamaโah Islam lainnya.
Wallahu aโlam.
Abu Numair Nawawi B. Subandi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan