Rabu, Oktober 26, 2011

KISAH HUDUD II : ANTARA SYARIAT ISLAM DAN HUKUM HUDUD


DI ANTARA SYARIAT ISLAM DAN HUKUM HUDUD ................




INI adalah perspektif kedua mengenai hukum hudud yang saya mahu berkongsi dengan pembaca. Ia ditulis oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah, Ketua Biro Dakwah, Ikatan Muslimin Malaysia – ISMA (www.isma.com).
Ikuti tulisan beliau:
SEMASA saya belajar di University of Queensland 1984-1987 dulu, apabila pokok Jacaranda yang meranting kering di musim sejuk mula berbunga lebat berwarna ungu hampir di setiap jalan di universiti, di sebalik kecantikannya, jiwa para mahasiswa/i mula gundah gulana kerana ia menandakan peperiksaan hampir tiba.
Begitu juga di Malaysia, di setiap penghujung empat tahun lalu apabila isu hukum hudud mula dilemparkan melalui media massa ke tengah-tengah para pengundi, ia menandakan musim Pilihan Raya Umum Malaysia hampir tiba, hanya menunggu bila tarikhnya ditetapkan, bergantung respons para pengundi di bandar dan kampung, tua dan muda, kafir dan Islam.
Bagi golongan masyarakat yang faham dan beriman, mereka melihat dan menilai isu ini dengan pandangan Syarak dan pertimbangan realiti.
Namun mereka adalah hanya segelintir dari masyarakat umum yang jauh lebih ramai dan tersebar di seluruh negara.
Ada pun pada umum masyarakat, mereka kebingungan kerana sekali lagi isu ini diketengahkan dalam keadaan ilmu dan jiwa mereka yang tidak mampu memahaminya, dan ramai dari kalangan mereka yang akhirnya membuat pertimbangan dari neraca yang tidak Islamik lalu mengambil pendirian yang tidak tepat.
Syariat Islam dan hukuman Hudud mempunyai perbezaan yang sangat jauh. Syariat Islam adalah satu sistem hidup rabbani, keseluruhannya berasaskan al-Quran, kitab Allah dan petunjuk peninggalan dari Sunnah Rasul-Nya, Muhammad SAW, bermula dari membina ilmu dan akidah, melahirkan ibadah dan akhlak pada diri dan masyarakat dalam sesebuah negara, kemudian mereka meluaskan dakwah Islam ke negara-negara jiran sehingga Islam memimpin dan membimbing seluruh dunia, tanpa meninggalkan seinci pun bumi yang tidak diperintah oleh Syariat Islam.
Dengan ini Syariat Islam sifatnya membangunkan manusia dan dunia, lahir dan batin, manakala hukum menghukum seperti hudud, takzir dan seumpamanya boleh kita nisbahkan sebagai hanya 5% sahaja dari Syariat Islam yang sifat umumnya adalah membangun.
Sebab itu al-Quran yang mempunyai lebih 6,000 ayat hanya mempunyai sekitar 500 ayat sahaja mengenai hukum hakam atau dipanggil “Ayat-ayat Ahkam”.
Dari sekitar 500 ayat-ayat ahkam, hanya sebahagian kecil sahaja yang menyentuh hukum hudud dan selainnya menggarap isu-isu ekonomi, muamalat, munakahat, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Adapun hukuman yang digelar “Hudud”, ia adalah tujuh hukuman yang telah ditentukan Allah dalam al-Quran dan As-Sunnah.
Bagi mereka yang suka penerangan dengan angka, saya gambarkan di sini (sekadar mengemukakan angka yang tidak semestinya tepat, tetapi boleh memberi kefahaman yang lebih jelas), hukuman Hudud yang tujuh itu adalah seperti sekitar 5 peratus (%) dari undang-undang Islam yang 95% lagi adalah Takzir (denda) yang diserahkan kepada Dewan Rakyat di Parlimen menggubalnya dan hakim di kamar mahkamah menentukannya.
Oleh kerana 7 hukuman tersebut (1. bunuh, 2. zina, 3. menuduh zina/qazaf, 4. curi, 5. minum arak, 6. samun/qat’ tariq, 7. bughoh – menentang pemerintah dengan kekerasan) telah ditentukan Allah, dan tidak boleh diolah lagi oleh Parlimen atau hakim, maka ia disebut Hudud, di dalam bahasa Inggeris bermakna “already defined”.
Kalau begitu, hukuman dan denda (termasuk Hudud) hanyalah 5% daripada ajaran Islam yang bersifat membina umat dan negara, bukan meruntuh dan menghukum, manakala hukuman Hudud hanya 5% daripada undang-undang Islam dalam sesebuah negara yang lengkap dan membangun, maka dari segi matematiknya hudud hanya 5% x 5% = 0.25% daripada keseluruhan ajaran dan Syariat Islam sebenarnya.
Ia bukan segala-galanya mahupun juzuk besar daripada ajaran Islam yang sangat luas, membangun dan membahagiakan umat manusia.
Begitu juga yang kita maksudkan dengan rumah tangga Islam adalah ibu bapa yang berkeperibadian Islam, mendidik anak-anak dengan ajaran Islam, menjaga adab-adab Islam dalam rumah, suami isteri yang saling menghormati perjuangan Islam masing-masing, berdakwah kepada jiran-jiran, dan sebagainya, bukan semata-mata si ayah merotan anak (hukuman).
Begitu juga apabila kita maksudkan dengan sebuah Negara Islam, ia adalah negara yanag tertegaknya Syariat Islam dalam setiap bidang kehidupan rakyatnya, dan bukan semata-mata melaksanakan hukuman Hudud dan cuai pelbagai aspek Syariat Islam yang lain.
Ringkasnya, apa yang rakyat Islam di Malaysia mahu adalah penegakan Syariat Islam dalam semua bidang media massa terutamanya di siaran televisyen, pendidikan, pengurusan negara, kementerian dan jabatan, membebaskan rakyat daripada belenggu budaya Barat, membina umat yang berjihad dan punya kekuatan di rantau, menguatkan kesatuan umat dan membanteras perpecahan, menguatkan hubungan di antara negara-negara Islam, menyebarkan roh Islam ke dalam jabatan dan sektor kerajaan dan swasta, membanteras rasuah, membanteras pelacuran, arak, judi, dadah, kelucahan, pergaulan bebas, bidah, khurafat, syirik, mendorong hafazan al-Quran dan bahasa Arab terutama kepada generasi baru dengan berbagai insentif, kesihatan, ekonomi, akhlak, berjimat dengan wang rakyat dan menyuburkannya, meneroka kekayaan dan hasil bagi negara dan mengelakkan pemborosan dan pelaksanaan undang-undang Islam termasuk Hudud.
Oleh kerana itu kita adalah rakyat yang lebih bijak dari terheret membincangkan isu hudud menjelang pilihan raya, sedang selama tempoh tenang 4-5 tahun di antara dua musim pilihan raya, media massa merosakkan umat dengan memaparkan budaya Barat yang negatif kepada anak bangsa kita, pelacuran, arak, judi, kelucahan, rasuah tersebar ke tahap yang sukar dibendung dan telah menghakis banyak tunggak-tunggak negara terutamanya akhlak dan jiwa rakyat serta wang dan kekayaan negara.
Semangat roh jihad di kalangan belia dan bebas dari pengaruh dominasi Kuasa Barat merupakan tunggak penting yang masih di dalam keadaan yang minimum.
Apa yang kita tuntut adalah Malaysia menjadi sebuah Negara Islam yang didefinisikan oleh Imam Hasan Al-Banna yang bermaksud “tidak akan tertegak Ad-Daulah Al-Islamiyah (Negara Islam) melainkan di atas asas Dakwah, sehingga ia menjadi Negara Risalah (negara yang mempunyai visi dan misi menyebarkan Islam ke seluruh dunia), bukan (semata-mata) ia berbentuk pentadbiran, atau kerajaan material beku pekak yang tidak mempunyai roh.
Seperti mana juga dakwah tidak (dapat) tertegak melainkan dalam satu perlindungan (iaitu negara) yang menjaga, menyebar, menyampai dan menguatkan Dakwah tersebut)". Satu persoalan yang sering dibicara oleh golongan terpelajar.
Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa kebanyakannya dalam hal ehwal tanah, adat resam dan hal ehwal agama Islam manakala Parlimen dan Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dalam bidang jenayah berat lebih-lebih lagi yang membabitkan hukuman mati.
Malah dikatakan sebarang penggubalan hukuman jenayah berat di DUN seperti hudud yang bertentangan dengan Parlimen, maka ia terbatal dengan sendirinya dan tidak boleh dilaksanakan oleh pihak negeri.
Wacana ilmiah mengenainya perlu dianjurkan lebih meluas untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada umat.
Mereka yang benar-benar ikhlas bercakap mengenai hudud yang belum terjadi, seharusnya menegakkan Syariat Islam dalam bidang-bidang yang disebutkan di atas dalam masa yang sama yang sepatutnya telah lama terjadi dan mudah untuk dilaksanakan.
Adapun berbicara mengenai Hudud yang berkait dengan penggubalan dan sebagainya, tetapi membiarkan banyak perkara yang bertentangan dengan Syariat Islam di dalam pentadbiran dalam negara dan penghayatan dalam masyarakat adalah sebenarnya merupakan permainan kata-kata untuk mengeliru dan meraih sesuatu daripada masyarakat awam yang kurang mengerti apa yang sebenarnya sedang dan akan berlaku.
Adalah lebih baik membuktikan keikhlasan dengan perbuatan daripada cuba meyakinkan dengan perkataan.

Isnin, Oktober 24, 2011

Adab dan Etika Dalam Berniat !

Bismillah Alhamdulillh.
Salah satu harapan besar orang Muslim dari amalannya adalah agar diterima di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala (SWT). Sebuah ungkapan menyatakan, “Setiap hambanya diberi kekuatan untuk beribadah, tapi tidak semua ibadah mempunyai kekuatan diterima oleh Allah SWT.”

Salah satu kunci diterimanya amalan adalah niat yang benar, untuk mendapatkannya; berikut ini beberapa Adab Dalam Berniat :

1. Penentu Nilai dan Kualiti Ibadah.
Memahami bahwa niat adalah penentu nilai dan kualiti ibadah di sisi Allah SWT. Ia membedakan antara ibadah dan kebiasaan (tradisi), bahkan merupakan membeda antara satu ibadah dengan ibadah lainnya. Imam Ibnu Rajab al-Hambali menjelaskan,Salah satu makna niat adalah ‘tamyiz’, membeda antara satu ibadah dengan ibadah lainnya” (Jami’ al-’Ulum wa al-Hikam)
2. Hanya untuk Mendapatkan Redha Allah SWT.
Sentiasa berniat hanya untuk mendapatkan redha Allah SWT dan tidak mempersembahkannya untuk selain-Nya. Dalam kitabnya Al Waabil al-Shayyibu min al-Kalam at Tayyibi, Imam Ibnul Qayyim berujar, “Amalan seorang hamba akan dipaparkan di hadapan Allah SWT hingga Dia mendapati niat hamba tersebut hanya untuk-Nya. Jika demikian Dia meridhai amalannya dan menerimanya.”
3. Keingingan Kuat untuk Melaksanakan
Niat yang baik akan mendapatkan satu pahala. Namun, sekadar berniat saja tidaklah cukup, tapi harus diiringi dengan keinginan yang kuat untuk mewujudkan niat tersebut.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam (SAW) bersabda, Barang siapa yang berniat melakukan sebuah kebaikan namun tidak melakukannya, maka baginya satu pahala, dan jika diwujudkannya maka dia mendapatkan sepuluh hingga tujuh ratus kaliganda pahala, bahkan gandaan yang tidak terhingga.” (Muttafaq ‘alaih)
4. Tidak Meremehkan Niat yang Buruk.
Niat yang buruk dapat menjadi dosa bagi pemiliknya. Rasulullah SAW bersabda “…membunuh dan yang dibunuh akan masuk neraka.” Para sahabat bertanya, “Kami dipahami untuk yang membunuh, lalu kenapa yang dibunuh juga masuk neraka?” Nabi SAW menjawab, “Kerana dia berniat ingin membunuh saudaranya itu.” (Muttafaq ‘alaih)
5. Senantiasa Ikhlas.
Senantiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberi kekuatan untuk perolehan keikhlasan dalam niatnya dan menjaga keikhlasan itu. Dalam Shahih Tirmidzi diriwayatkan, Doa yang sering dipanjatkan Nabi SAW adalah: Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami dalam agamamu. Kerana hati berada di ujung ‘jari’ Allah SWT yang mudah diputar balik oleh-Nya (Mushannaf ibnu Abi Syaibah).

6. Beristighfar Bila Riak.
Segera beristighfar bila ada unsur riak atau bukan kerana Allah SWT dalam niatnya. Kerana unsur riak melahirkan amalan yang sia-sia belaka. Umar Bin Khaththab meriwayatkan dari Nabi SAW, “…barang siapa yang hijrah kerana untuk duniawi atau untuk mendapatkan wanita idamannya, maka nilai hijrahnya tergantung dari niatnya” (Muttafaq ‘alaih). Dalam kitab Fathul Qawiy al-Matin diisyaratkan bahwa Allah SWT sangat merendahkan amalan yang diniatkan bukan untuk-Nya.
7. Memberi Contoh.
Bila perbuatannya dilakukan di depan orang lain, maka berniatlah untuk memberi contoh kebaikan agar diikuti oleh orang lain. Rasulullah SAW bersabdaBarang siapa yang memberi contoh kebaikan, lalu diikuti oleh orang lain, maka baginya pahala dan tambahan sebesar pahala orang yang mengikutinya tanpa terkurangi pahala orang yang mengikutinya tersebut”.
Wallahualam.

Solat dan Ibadah tidak membawa Ke Syurga !

Bismillah, Alhamdulillah,
Mungkin judul diatas mengandungi banyak kontroversi, tapi memang Benar. Solat dan Ibadah tidak bisa membawa Kita Ke Syurga.Mungkin ada yang sudah tahu atau juga belum mengetahui kisah ini. Kisah ini terjadi pada Zaman nabi Musa a.s. dengan penuh makna.

Nabi Musa a.s. suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa a.s. melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa a.s. kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa a.s: Wahai Musa a.s., aku telah beribadah kepada Allah s.w.t. selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah s.w.t. akan meletakkanku di Syurga-Nya? Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah s.w.t.. Nabi Musa a.s. mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa a.s. kemudian bermunajat memohon kepada Allah s.w.t. agar Allah s.w.t. memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak.

Allah s.w.t. berfirman, “Wahai Musa sampaikanlah kepadanya bahwa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam. Nabi Musa a.s. kemudian mengabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah s.w.t. kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa a.s..
Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terpikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat.

Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa a.s. kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa a.s., Wahai Musa a.s., aku rela Allah s.w.t. memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya”. Nabi Musa a.s. menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah s.w.t. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s. maka Allah s.w.t. berfirman, “Wahai Musa sampaikanlah kepada umatmu itu bahwa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurga-Ku yang paling tinggi.”
Pasti ada yang berkata bahwa perkara diatas, dia Masuk Surga kerana Perbuatan Amal Ibadahnya. Tetapi sebenarnya tidak :

Ketahuilah, Allah Azza wa Jalla menyebutkan penghuni syurga dengan perbuatan terbaik mereka, lalu tiba-tiba ada orang berkata, ‘Bagaimana amalanku boleh sejajar dengan amalan mereka?’ Itu terjadi, sebab Allah mengampuni kesalahan perbuatan mereka dan tidak mencelanya. Ketahuilah, Allah Azza wa Jalla menyebutkan penghuni neraka dengan perbuatan paling buruk mereka, lalu tiba-tiba ada orang berkata, ‘Perbuatanku lebih baik dari perbuatan mereka.’ Itu terjadi, kerana Allah Azza wa Jalla menolak perbuatan mereka yang paling baik dan tidak menerimanya.” (Abu Bakar Shiddiq ra)

Bagaimana yang membuat Umat nabi Musa tersebut masuk Syurga, sampai akhirnya Syurga paling atas.?
Wahai Musa a.s., aku rela Allah s.w.t. memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya
Setelah itu Allah langsung memberikan satu tempat untuknya di Syurga paling atas, bukan kerana Ibadahnya, tapi kerana 'Redha ALLAH' kepadanya. Setiap Ibadah, Solat, segala Perbuatan yang dilakukan Tanpa mengharapkan Redha dari ALLAH adalah Sia sia, semuanya harus diniatkan Agar kita mendapat Redha dari ALLAH SWT.
Hanya ALLAH yang maha benar. Wassalamu.

Jumaat, Oktober 21, 2011

Libyan dictator Colonel Gaddafi of Dead !

Libya uprising: A timeline............



Anti-Gaddafi fighters celebrate(REUTERS | Esam Al-Fetori)
The former Libyan dictator Colonel Gaddafi has reportedly been captured, and possibly killed, after his hometown of Sirte finally fell following weeks of intense fighting.
The fall of the Gaddafi government was the latest in the wave of uprisings known as the "Arab Spring". Here is a timeline of how events unfolded.

December 22, 2010

Ben Ali visits vegetable seller (REUTERS/Ho New)
The wave of protests against regimes across the Arab world was triggered by the actions of a Tunisian vegetable seller. Unemployed graduate Mohamed Bouazizi set fire to himself after police seized the cart he was selling vegetables from - becoming a symbol of people's anger over unemployment and poverty. Bouazizi (seen here in hospital) later died from his injuries on January 4.

January 14, 2011

Ben Ali falls (REUTERS/Jean-Paul Pelissier)
Ten days after Bouazizi's death, Tunisia's President Zine al-Abidine Ben Ali became the first leader to fall - resigning and fleeing to Saudi Arabia following days of violent clashes between Tunisian protestors and security forces, with protestors using mobile communications and social media to help spread word of their actions.

February 11, 2011

Tahrir Square uprising (REUTERS/Amr Dalsh)

In the most significant moment of what had become known as the "Arab Spring", Egypt's President Hosni Mubarak finally resigned following weeks of mass protests in Egypt, centered around Cairo's Tahrir Square. Mubarak had attempted to cling onto power, firing his cabinet and attempting to offer the protestors concessions - but the occupation of Tahrir Square continued until he quit.

 February 15 - 20, 2011
 
Violence spreads to Libya (REUTERS/Jim Tanner)

The uprisings spread to Libya, where the country's second city of Benghazi saw the first protests against the autocratic regime of Colonel Muammar Gaddafi after a prominent human rights activist, Fathi Terbil, was arrested. A "day of rage" on February 17 saw thousands of residents come out onto the streets - and despite a violent crackdown by security forces that leave tens dead, by February 20 the city was reportedly in the hands of anti-government forces.

February 22, 2011
 
Gaddafi's speech (REUTERS/Ho New)

As the uprising spread to other cities across Libya and his military is hit by defections, Colonel Gaddafi appeared on Libyan state TV to give a long rambling speech attacking the protestors as "greasy rats" and vowing that he would "die a martyr" rather than leave the country. Over 300 people were believed to have died when Gaddafi's forces hit back at the rebels, and in his speech Gaddafi threatened to escalate the conflict.

March 20, 2011

Libya air strikes (REUTERS/Goran Tomasevic)

With Gaddafi's military - especially its air force - striking hard at rebel fighters and civilians alike, the UN authorized a group of western allies led by the US, UK and France to impose a no-fly zone above the country. On March 20, the allies launched a massive campaign of bombing and missile strikes against Gaddafi's forces, halting the Libyan military's advance on Benghazi and giving western planes the ability to fly freely over the country.

March 30, 2011

Moussa Koussa (REUTERS/Chris Helgren)

The Gaddafi government suffered its most high-profile defection, as foreign minister Moussa Koussa fled the country and sought refuge in Britain. Koussa left his position after travelling on diplomatic business to Tunisia, from where he flew to the UK, landing in the middle of the night at Farnborough airport. A spokesman for the UK Foreign Office said the Koussa was "no longer willing" to represent the Libyan regime.

April 20,2011

Chris Hondros' last pictures (Getty Images/Chris Hondros)

As the violence intensified, two award winning photographers were killed as they covered the fighting in the town of Misrata. Sundance-winning documentary maker Chris Hetherington and Pulitzer finalist Chris Hondros died while travelling with rebel forces, when they were hit by a rocket-propelled grenade launched by government forces. This is one of the last images taken by Hondros, on the day he died, of a rebel soldier rolling a burning tyre into a room containing pro-government troops.

April 30, 2011

Air strike on Gadaffi house (REUTERS)
The Libyan government claimed that a NATO missile strike on the house of Saif al-Arab Gaddafi, one of Col. Gaddafi's sons, had killed both Saif al-Arab and three of Gaddafi's grandchildren. Calling the strike "a direct operation to assassinate the leader of this country", they added that Col. Gaddafi had been in the house himself, but had escaped. It was not possible to confirm the deaths, and NATO denied targeting individuals, claiming they were only targeting military installations.

July 14, 2011

Pro-Gadaffi rallies (REUTERS/Louafi Larbi)

The fighting continued for months, with Gaddafi refusing to step down as more international bodies recognized the rebels' National Transitional Council as the legitimate government of Libya. Gaddafi vowed to fight on in a speech carried on Libyan television, as his government put on shows of strength, organizing rallies in support of him - such as this one in the town of Al-Ajaylat, 50 miles west of Tripoli.

August 9, 2011

Air strike on Majar (REUTERS/Caren Firouz)
The Libyan government accused the western allies of killing as many as 85 civilians in an air strike on the village of Majar, south of the town of Zlitan. NATO admitted that they had carried out bombing in the area, but insisted they had only struck military targets.

August 18, 2011

Rebels seize targets (REUTERS/Bob Strong)

The battle for Libya took what might be a decisive turn, as rebel forces advanced on Tripoli. They seized control of an oil refinery in the city of Zawiyah and took the coastal town of Sabratha, 40 miles west of the capital - a crucial point on the main highway from Tripoli to Tunisia, cutting off Gaddafi's forces from their main source of supplies.

August 21, 2011

Rebels take Maia (REUTERS/Bob Strong)

Rebel forces continued to close in on Libya's capital, taking control of the town on Maia just 15 miles to the west of Tripoli - where this anti-Gaddafi fighter planted the rebel Libyan flag in the ground to mark their advance.

August 22, 2011

Martyr's Square (REUTERS/Reuters TV)

The Gaddafi regime appeared to be crumbling as rebel forces streamed into Tripoli. Just as Tahrir Square became a symbol of the Egyptian uprising, Tripoli's Green Square (quickly renamed Martyrs' Square) became the focus, with members of the anti-Gaddafi movement celebrating, hugging and destroying images of Gaddafi. While the rebels took control of much of the city, some parts remained in government control.

August 23, 2011

Gaddafis still fighting (REUTERS/Paul Hackett)

But while the rebel National Transition Council (NTC) took control of large parts of Tripoli, the Gaddafi regime was still fighting. An already confused situation became more confusing when Col. Gaddafi's son Saif al-Islam - who was reported to have be in the custody of rebel forces - appeared on the streets of Tripoli in an armoured car, saying he wanted to "refute the lies" that he had been arrested and promising to "break the backbone of the rebels, rats and gangs".

August 23, 2011

Rebels enter Gaddafi compound (REUTERS/Zohra Bensemra)

Later that day however, the rebels stormed the Gaddafis' compound, tearing down statues and destroying symbols of the Colonel's regime, and assuming control of the Libyan government, marking the end of Gaddafi's 42 year reign.

September 8, 2011

The fighting continues (REUTERS/Esam Al-Fetori)

But while the Gaddafi regime had fallen, the former dictator escaped capture - and pro-Gaddafi forces continued to fight in some areas of the country, largely centred around Sirte, Gaddafi's hometown. Pictured above, anti-Gaddafi forces fire a Howitzer at the artillery line in Om El Khanfousa, 57 miles east of Sirte.

October 17, 2011

The battle for Sirte (REUTERS/Asmaa Waguih)

As more and more Gaddafi strongholds fell, the fighting moved to the streets of Sirte, the pro-Gaddafi forces' final stronghold, where a long and brutal urban battle played out for weeks.

October 19, 2011

Sirte falls (REUTERS/Esam Al-Fetori)

Finally, the battle for Sirte came to an end, as pro-Gaddafi forces fled the city - leaving behind a city largely in ruins after weeks of fighting.

October 20, 2011

Gaddafi captured - or killed (PHILIPPE DESMAZES/AFP/Getty Images)

And on October 20, officials in the National Transitional Council said that they had captured Colonel Gaddafi as he tried to flee Sirte - with other reports suggesting that he had been killed. This picture, taken off a mobile phone camera, claimed to show the arrest of a badly injured Gaddafi.

Selasa, Oktober 18, 2011

GELARAN "ULAMA"

Murahnya Gelaran “Ulama’” Pada Zaman Ini ..........


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1. Pertama sekali, penulis memohon maaf kepada para pembaca kerana tidak dapat “update” penulisan di blog ini seperti blog2 yang lain-lain. Ini adalah kerana kelemahan penulis sendiri dan semoga Allah memberi tawfiqNya untuk penulis terus berkongsi serba sedikit ilmu (“Dan tidaklah kamu semua diberikan ilmu melainkan sangat sedikit.”), pengalaman dan pemerhatian penulis bersama para pembaca.

2. Pada posting yang ringkas kali ini, penulis ingin meluahkan rasa kesal di atas sikap sebahagian manusia yang terlalu mudah menggelarkan seseorang itu sebagai salah seorang daripada kalangan ulama’. Kalaupun hendak memuji, janganlah membuat pujian dan dakwaan bukan pada tempatnya.

3. Betapa mahalnya gelaran ulama’ ini sehinggakan Al-Quran hanya menyebut kalimah “al-Ulama’” ini hanya sekali sahaja iaitu dalam surah Fatir ayat 29 iaitu [tidak termasuk istilah "Ulama' Bani Israil" di dalam al-Shu'ara': 197]:
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
Terjemahan: ‘Hanyasanya yang takut kepada Allah SWT itu di kalangan hamba-hambanya ialah orang-orang berilmu (al-Ulama’)”.

4. Dan Rasulullah SAW ialah hamba Allah yang paling takut kepada Allah dan yang paling mengenali Allah SWT sepertimana sabdaan baginda SAW (Sahih Ibn Hibban):
والله إني أتقاكم لله وأخشاكم لهTerjemahan: “Demi Allah, akulah yang paling bertaqwa kepada Allah di kalangan kamu, dan yang paling takut kepadaNya di kalangan kamu.”
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda (Sahih Bukhari):
إِنَّ أَتْقَاكُمْ وَأَعْلَمَكُمْ بِاللَّهِ أَنَاTerjemahan: “Sesungguhnya yang paling bertaqwa dan yang paling mengenal Allah di kalangan kamu ialah daku”

5. Berdasarkan ini, seorang alim di kalangan para ulama’ itu mempunyai kedudukan yang paling hampir dengan Rasulullah SAW.

6. Al-Quran tidak menyatakan sifat para ulama itu sebagai suka berdebat2 atau petah berkata2 atau banyak karangannya atau banyak pengikutnya atau luas pengaruhnya atau hebat fizikalnya atau memiliki PhD atau gelaran Profesor dan lain-lain. Perkara-perkara tersebut masih belum menjadi petunjuk2 yang pasti kecuali dizahirkan dengan sokongan-sokongan yang lain seperti persepakatan ummah di atas penerimaannya sebagai ulama’, dan lain-lain
.
7. Namun begitu, al-Quran mengunci kemas istilah ulama’ itu dengan “ketakutan kepada Allah SWT”. Dari sudut bahasa Arab, kalimah “innama” itu adalah salah satu bentuk uslub al-hasr wa al-ikhtisas yang memberi makna limitation dan privilege. Bukankah sifat Takut (dan iman) itu sesuatu yang tidak zahir dan berada di dalam hati seseorang ulama’? Ya, maknanya bukan mudah untuk mengenal hakikat para ulama’ itu
.
8. Imam al-Ghazali menyatakan lima ciri-ciri yang ada pada para ulama’ yang besar yang disepakati ummat ini seperti Imam al-Shafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Imam Sufyan al-Thawi iaitu:
وكل واحد منهم كان عابداً وزاهداً وعالماً بعلوم الآخرة وفقيهاً في مصالح الخلق في الدنيا ومريداً بفقهه وجه الله تعالىTejamahan: “Setiap daripada mereka itu kuat ibadahnya, zuhud, berilmu dengan ilmu-ilmu akhirat, dan faqih di dalam maslahat makhluq di dunia (faqih dalam ilmu hukum ahkam zahir fiqh), dan mengkehendaki dengan ilmu mereka keredaan Allah”
Seorang ulama’ bukan sahaja mempunyai ciri-ciri ini, namun dia juga mampu mendidik ciri-ciri ini pada anak-anak didiknya dan masyarakat sekiranya sekaliannya mempunyai niat yang benar dan sahih.

9. Jadi, sedarlah kita bahawa kedudukan ulama’ itu terlalu tinggi untuk dimurahkan istilahnya pada hari ini. Ambillah pengajaran al-Quran.

10. Hari ini, orang yang berkata-kata kesat, tidak memelihara hak sesama Muslim, merendah2kan umat Islam, bahkan mencaci dan mengkafir sesama Muslim, tidak menghormati Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda r.a., tidak menghormati ulama’2 terdahulu terus dipanggil seorang ulama’ kerana zahir di dalam program televisyen dan internet ataupun menggenggam segulung ijazah PhD ataupun menang bertanding di dalam sebuah parti politik atau memasuki parti politik atau menubuhkan persatuan di atas nama ulama’ atau pakaiannya dan sebagainya. Sungguh murah gelaran ulama’ ini untuk dijadikan batu loncatan dan pakaian.

11. Ya! Banyak penggunaan istilah agama berkaitan gelaran kepada para ilmuan agama pada hari ini
termasuk di dalam bab “al-tawassu’ fi al-istilah” iaitu kelonggaran penggunaan istilah dan bukan kerana tahqiqnya individu tersebut pada gelarannya… melainkan sangat sedikit.

12. Selain daripada istilah ulama’, istilah tajdid, islah, jihad dan lain-lain begitu mudah digunakan untuk menghalalkan tindakan masing-masing dan pendapat masing-masing dan menyalahkan orang lain.

11. Istilah2 ini dapat menjadi pakaian menutupi kebatilan yang terselindung di sebaliknya, khususnya fitnah dan bid’ah di dalam agama, sebagaimana ahli bid’ah, si jahil dan si fasiq boleh menutup bid’ah, kejahilan dan kefasiqan di sebalik pakaian seorang alim. [hal ini dipanggil tadlis]

13. Maka, berhati-hatilah kita di dalam urusan agama kita dan semoga Allah tidak menjadikan musibah kita di dalam agama kita sepertimana doa Rasulullah SAW (Sunan al-Tirmizi):
وَلَا تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَاTerjemahan: “Dan janganlah engkau (Ya Allah!) menjadikan musibah kami di dalam agama kami.”

14. Semoga Allah SWT menunjukkan kita jalan yang lurus. Al-Fatihah.
Wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ibrahim: Ummah Dalam Jasad Seorang Insan




Menggali Faedah Kehidupan Nabi Ibrahim
Jika kita membaca kisah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dalam al-Quran, terdapat banyak perkara yang berfaedah untuk kita ambil daripadanya. Di sini dikongsikan beberapa faedah tersebut:
a) Menjadikan tauhid sebagai keutamaan dakwah.
Firman Allah: Ingatlah ketika beliau berkata kepada ayahnya: “Wahai Ayahku, mengapa engkau menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong engkau sedikit pun?”(Maryam 19:42)
Shaikh as-Sa’di rahimahullah berkata: “Ibrahim ‘alaihissalam adalah sebaik-baik para nabi setelah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, yang telah Allâh Taala jadikan kenabian pada anak keturunannya. Dan kepada mereka diturunkan kitab-kitab suci. Dia telah mengajak manusia menuju Allah Taala, bersabar terhadap seksa yang dia dapati (dalam perjalanan dakwahnya), dia mengajak orang-orang yang dekat (dengannya) dan orang-orang yang jauh, dia bersungguh-sungguh dalam berdakwah terhadap ayahnya bagaimanapun caranya”.[Tafsir as-Sa‘di, hlm. 443]
b) Berlemah-lembut dalam mendakwahi ayahnya. Ini dapat dilihat pada penggunaan perkataan ‘Wahai ayahku…..
c) Tabah menghadapi seksaan- Al-Quran merekodkan seribu satu kisah seksaan yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim ‘alaihissalam.  Musyrikin mahu membakar beliau kerana merosakkan berhala-berhala sembahan. Firman Allah:
[91]Lalu dia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): “Mengapa kamu tidak makan? [92]“Mengapa kamu tidak menjawab?”
[93]Lalu dia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul). [94](Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya. [95](Bagi menjawab bantahan mereka), dia berkata: “Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat? [96]“Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!” [97](Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: “Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu”. [98]Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya). [Surah as-Shaffat:91-98]
Ath-Thabari rahimahullahh membawakan riwayat: “Mereka menahannya dalam sebuah rumah. Mereka mengumpulkan kayu aou, bahkan hingga seorang wanita yang sedang sakit bernazar dengan mengatakan ‘sungguh jika Allâh telah menyembuhkan aku, maka aku akan mengumpulkan kayu api untuk membakar Ibraham’. Setelah kayu api terkumpul menjulang tinggi, mereka mulai membakar setiap hujung tepian longgokan kayu api itu, sehingga apabila ada seekor burung yang terbang di atasnya nescaya ia akan hangus terbakar. Mereka mendatangi Nabi Ibraham ‘alaihissalam kemudian mengusungnya sampai di puncak longgokan  kayu api tersebut”
Lalu Nabi Ibrahim berkata: “Ya, Allah, Engkau Maha Esa di atas langit, dan aku sendiri di bumi ini. Tiada seorang pun yang menyembah-Mu di atas muka bumi ini selainku. Cukuplah bagiku Engkau sebaik-baik Penolong”.[Fathul Bari, Juz 6, hlm. 483]
Mereka lantas melemparkan Nabi Ibraham ‘alaihissalam ke dalam longgokan kayu api yang tinggi, kemudian Allah berseru
“Wahai api, jadilah dingin dan selamat bagi Ibrahim”.[Tafsir at-Thabari, Juz 9, hlm. 43.]
d) Kekuatan Iman Ibrahim dan isterinya Hajar-
Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: “Kemudian Ibrahim membawa Hajar dan si putera Ismail –di dalam usia susuan– menuju ke Makkah dan ditempatkan pada pohon besar, di atas (tempat yang bakal menjadi) telaga Zamzam di lokasi (yang kemudiannya menjadi) Masjidil Haram. Ketika itu Makkah belum berpenghuni dan tidak memiliki sumber air. Maka Ibrahim menyiapkan satu bungkus kurma dan satu bekas air, kemudian ditinggallah keduanya oleh Ibrahim di tempat tersebut. Hajar, ibu Ismail pun mengikutinya seraya mengatakan:
‘Wahai Ibrahim, hendak pergi kemana engkau, apakah engkau akan meninggalkan kami di lembah yang tidak berpenghuni ini?’ Dia mengulangi kata-kata tersebut, namun Ibrahim tidak menoleh kepadanya. Hingga berkatalah Hajar:
‘Apakah Allah yang memerintahkanmu berbuat seperti ini?’
Ibrahim menjawab: ‘Ya.’ Maka (dengan serta-merta) Hajar mengatakan: ‘Kalau begitu Dia (Allah) tidak akan menyeksa kami.’ Kemudian Hajar kembali ke tempatnya semula.” (Lihat Shahih Al-Bukhari, no. 3364)
e) Ketaatan Mutlak Kepada Allah-Nabi Ibrahim Alaihissalam mentaati secara mutlak perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail.
“Maka tatkala anak itu (Ismail) telah sampai (pada umur sanggup) untuk berusaha bersama-sama Ibrahim, berkatalah Ibrahim: ‘Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu!’ Dia menjawab: ‘Hai bapaku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaallah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.’ Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim telah membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: ‘Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu,’ sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (iaitu) ‘Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim’.” (Ash-Shaffat: 102-109)
f) Pentingnya Keluarga Yang Soleh-
Berdasar ‘point’ D dan E. Kita memahami betapa pentingnya mempunyai isteri-isteri yang mentaati Allah, dan anak-anak yang soleh, supaya ia membantu istiqamah dalam melakukan arahan Allah seperti berdakwah dan sebagainya. Wajar untuk seorang yang beriman mencari calon pasangan yang memahami tanggungjawab seorang Muslim, dan sanggup berkorban untuk agama Allah. Wajib jua mendidik ahli keluarga untuk mentaati Allah sebagaimana Nabi Ibrahim berjaya mendidik anak dan isterinya.
g) Berdakwah Dengan Hujah dan Ilmu-Nabi Ibrahim berdakwah kepada umatnya dengan ilmu dan menyampaikan hujah-hujah yang kuat. Ini dapat dilihat pada banyak argumen beliau dengan kaum musyrikin.
h) Sentiasa Mendoakan Kebaikan Untuk Ahli Keluarga-
“Wahai Rabbku, jadikanlah aku beserta anak cucuku orang-orang yang selalu mendirikan solat. Wahai Rabb kami, kabulkanlah doaku.” (Ibrahim: 40)
“Wahai Rabb-ku, jadikanlah negeri ini (Makkah) negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku dari perbuatan menyembah berhala.” (Ibrahim: 35

Hak-Hak Al-Quran Yang Perlu Ditunaikan


1.    Membacanya dengan tertib dan melunakkan suara.
Allah taala berfirman:
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمْ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلاَوَتِهِ أُوْلَئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ وَمَنْ يَكْفُرْ بِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْخَاسِرُونَ (البقرة: 121(
Orang-orang yang telah Kami berikan al-kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (QS. al-Baqarah: 121)
Dan firmanNya:
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلاً (المزمل: 4(
Dan bacalah al-Qur`an itu dengan perlahan-lahan. (QS. al-Muzammil: 4)
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
عَنِ الْبَرَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : زَيِّنُوا الْقُرْآنَ بِأَصْوَاتِكُمْ ، فَإِنَّ الصَّوْتَ الْحَسَنَ يَزِيدُ الْقُرْآنَ حُسْنًا
Daripada al-Bara’ r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Hiasilah al-Quran dengan suara-suara kalian, sesungguh suara yang indah akan menambahkan keindahan al-Quran. [al-Hakim dalam al-Mustadrak, Kitab Imam dan Solat Jemaah, Bab Amin: 2060. Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih dalam Sahih al-Jami’: 3581]
Dan suara bacaan al-Qur`an terindah adalah ketika dibaca satu ayat satu ayat dengan penuh  kekhusyukan.
عَنْ جَابِرٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ مِنْ أَحْسَنِ النَّاسِ صَوْتًا بِالْقُرْآنِ الَّذِي إِذَا سَمِعْتُمُوهُ يَقْرَأُ حَسِبْتُمُوهُ يَخْشَى اللَّهَ
Daripada Jabir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya sebaik-baik manusia daripada segi suaranya dalam membaca al-Quran ialah orang yang apabila kalian mendengar dia membaca, kalian merasakan dia takut kepada Allah [Sunan Ibn Majah, Kitab Mendirikan Solat dan Sunnah Padanya, Bab Membaguskan Suara Ketika Membaca al-Quran: 1329. Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih]
2.    Menghayati makna dan memahaminya ketika mendengar atau membacanya.
Allah ta’ala berfirman:
وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِنْ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنْصِتُوا فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَى قَوْمِهِمْ مُنْذِرِينَ (الأحقاف: 29.(
Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu untuk mereka mendengar bacaan al-Qur`an, maka tatkala mereka menghadirinya (majlis pembacaan al-Quran) lalu mereka berkata: “Diamlah kamu (untuk fokus mendengarnya)”. Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.
قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَابًا أُنْزِلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى طَرِيقٍ مُسْتَقِيمٍ (الأحقاف: 30(
Mereka berkata: “Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengar kitab (al-Qur`an) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus.” (QS. al-Ahqaf: 29-30)
Dan dalam ayat yang lain Allah ta’ala berfirman:
أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا (محمد: 24(
Maka apakah mereka tidak menghayati al-Qur`an atau hati merekakah yang terkunci? (QS. Muhammad: 24)
3.    Berpegang teguh dengan al-Qur`an, mengamalkannya, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram.
Allah ta’ala berfirman:
فَاسْتَمْسِكْ بِالَّذِي أُوحِيَ إِلَيْكَ إِنَّكَ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (الزخرف: 43(
Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus.
وَإِنَّهُ لَذِكْرٌ لَكَ وَلِقَوْمِكَ وَسَوْفَ تُسْأَلُونَ (الزخرف: 44(
Dan sesungguhnya al-Qur`an itu benar-benar adalah satu peringatan besar bagimu dan bagi kaummu, dan kelak kamu akan diminta bertanggungjawab. (QS. az-Zukhruf: 43-44)
4.    Supaya Kita Untung Dalam ‘Transaksi Perniagaan’ Bersama Allah.
Allah ta’ala berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلاَةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلاَنِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ (فاطر: 29(
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,
لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ (فاطر: 30(
agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka kurniaanNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. (QS. Fathir: 29-30)
Keuntungan ‘berniaga dengan Allah’ melalui al-Quran sangatlah banyak di antaranya adalah:
a.    Seseorang akan mendapatkan kebaikan yang banyak.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ ، يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka untuknya dengan bacaan itu satu kebaikan. Satu kebaikan itu pula akan bersamaan dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak berkata Alif Lam Mim itu satu huruf. Sebaliknya Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. [Sunan at-Tirmizi, Kitab Kelebihan al-Quran, Bab Pahala Orang Yang membaca Satu Huruf al-Quran: 2855. Imam at-Tirmizi berkata: Hasan Sahih Gharib]
b.    Diangkat darjatnya di dunia dan di akhirat.
Kemuliaan di akhirat:
قَالَ عُمَرُ : أَمَا إِنَّ نَبِيَّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَدْ قَالَ : “ إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا ، وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ
Umar r.a berkata, Nabi kalian s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengangkat suatu kaum dengan kitab ini, dan merendahkan dengannya kaum yang lain pula. [Sahih Muslim, Kitab Solat Orang Musafir dan Memendekkannya, Bab Kelebihan Sesiapa Membaca al-Quran dan Mengajarkannya: 1359]
Kemuliaan di dunia:
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الأَنْصَارِيِّ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “ يَؤُمُّ الْقَوْمَ ، أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ ، فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً ، فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ
Abu Mas’ud al-Ansari r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah yang mengimami suatu kamu ialah yang paling pandai membaca kitab Allah, seandainya mereka sama daripada segi bacaan, maka pilihlah yang paling tahu tentang sunnah… [Sahih Muslim, Kitab Masjid dan Tempat Solat, Bab Siapa Lebih Berhak Menjadi Imam: 1084]
Kemuliaan di akhirat pula:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “ يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا ، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا
‘Abdullah bin ‘Amru r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: Dikatakan kepada ahli al-Qur`an: bacalah, naiklah dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau baca ketika di dunia. Sesungguhnya kedudukanmu sesuai akhir ayat yang kamu baca. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Witr, Bab Galakan Membaca al-Quran Dengan Tartil: 1255]
c.    Al-Qur`an akan memberi syafaat kepada pembacanya.
أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : “ اقْرَءُوا الْقُرْآنَ ، فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ ،
Abu Umamah al-Bahili r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada sahabat-sahabatnya (pembacanya) [Sahih Muslim, Sahih Muslim, Kitab Solat Orang Musafir dan Memendekkannya, Bab Kelebihan Sesiapa Membaca al-Quran dan Surah al-Baqarah: 1343]
d.    Dihiasi Mahkota Kemuliaan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : يَجِيءُ الْقُرْآنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيَقُولُ : يَا رَبِّ حَلِّهِ فَيُلْبَسُ تَاجَ الْكَرَامَةِ ، ثُمَّ يَقُولُ : يَا رَبِّ زِدْهُ فَيُلْبَسُ حُلَّةَ الْكَرَامَةِ ، ثُمَّ يَقُولُ : يَا رَبِّ ارْضَ عَنْهُ فَيَرْضَى عَنْهُ ، فَيُقَالُ لَهُ : اقْرَأْ وَارْقَ وَتُزَادُ بِكُلِّ آيَةٍ حَسَنَةً
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Al-Quran akan datang pada hari kiamat dan brkata, “Wahai Tuhanku berilah dia pakaikanlah dia pakaian, maka diberilah mahkota kemuliaan.” Kemudian berkata lagi, “Wahai Tuhanku, berilah tambahan.” Maka diberilah pakaian kemuliaan. Kemudianal-Quran  berkata, “Ya Tuhanku, redhailah dia.” Maka Allah pun meredhainya. Lalu dikatakan kepada orang tersebut, “Bacalah dan naiklah, sesungguhnya engkau akan ditambah satu kebaikan pada tiap-tiap ayat.” [Sunan at-Tirmizi, Kitab Kelebihan al-Quran, Bab Ganjaran Bagi Yang Membaca Satu Huruf al-Quran: 2859]
e.    Menjadi Keluarga Allah
عَنْ أَنَسٍ , قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَهْلِينَ مِنَ النَّاسِ ” ، قَالَ : قِيلَ : مَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ ، قَالَ : ” أَهْلُ الْقُرْآنِ ، هُمْ أَهْلُ اللَّهِ وَخَاصَّتُهُ
Daripada Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah memiliki dua keluarga daripada kalangan manusia, para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah mereka?” Maka Rasulullah s.a.w bersabda, “Ahli al-Qur`an  dan orang khususNya.” [Musnad Imam Ahmad:12065. Shaikh al-ALbani menyatakan ia sahih dalam Sahih at-Targhib: 1432]
f.    Manusia Yang Terbaik
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
عَنْ عُثْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : “ خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Daripada Uthman r.a, nabi s.a.w bersabda: Sebaik-baik kalian ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya [Sahih al-Bukhari, Kitab Kelebihan al-Quran, Bab Sebaik-Baik Kalian Ialah Yang Belajar dan Mengajar al-Quran: 4666]
5.    Berakhlaklah Dengan Akhlak Al-Quran
يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ ، حَدِّثِينِي عَنْ خُلُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَتْ : أَلَسْتَ تَقْرَأُ الْقُرْآنَ ؟ فَإِنَّ خُلُقَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ الْقُرْآنَ
(Aisyah r.a ditanya): Wahai Ummul Mukminin, ceritakan kepada aku tentang akhlak Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab: Apakah engkau tidak membaca al-Quran? Sesungguhnya akhlah Rasulullah s.a.w adalah al-Quran [Sunan Abi Daud:1146]

Isnin, Oktober 17, 2011

Islam Pasti Benar !

 Apakah umatnya mengerjakan kebenaran dan kebaikan itu......


Islam datang membawa kebenaran dan kebaikan. Namun, apakah umatnya mengerjakan kebenaran dan kebaikan?
>>>Islam memerintahkan jujur dalam bersikap dan berucap.
“Sesungguhnya kejujuran itu mengantarkan pada kebaikan dan kebaikan itu mengantarkan pada surga. Sungguh, senantiasa seseorang jujur hingga dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang jujur. Dan sesungguhnya kedustaan itu mengantarkan pada kejahatan dan kejahatan mengantarkan pada neraka. Sungguh, senantiasa seseorang berdusta hingga dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. ” (HR. Bukhari dan Muslim)
“Celakalah orang yang berdusta agar orang lain tertawa, celakalah ia dan celakalah ia.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)
Tapi, SEBAhaGIAN umat islam berdusta, menipu dan memperdaya orang demi nafsu dunia mereka.
>>>Islam memerintahkan berbuat baik dan bersikap besyukur atas rahmatnya.
“Pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik. ” (HR. Tirmidzi)
Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah memasuki kebun milik seorang sahabat ansar dan ternyata di situ ada seekor unta. Tatkala unta itu melihat beliau صلى الله عليه وسلم melenguhlah ia dan berlinanglah air matanya. Beliau pun mendatanginya lalu mengusap kepala dan punuknya. Unta itu pun jadi tenang. Beliau صلى الله عليه وسلم berkata, “Siapa pemilik unta ini? Milik siapa unta ini? ” Datanglah seorang pemuda Ansar seraya berkata, “Itu milikku, wahai Rasulullah. ” Beliau صلى الله عليه وسلم bersabda, “Tidakkah kamu bertakwa kepada Allah dalam urusan binatang yang Allah telah menguasakannya kepadamu?! Dia mengeluh kepadaku bahwa kamu telah membiarkannya lapar dan membebaninya dengan pekerjaan yang berat. ” (HR. Abu Daud no. 2549)
“Siapa yang bersikap rahmat walaupun kepada sembelihannya, niscaya Allah akan merahmatinya di hari kiamat. ” (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam adabul mufrad)
Tapi, SEBAGIAN umat islam berbuat jahat dan berperilaku buruk, baik kepada muslim maupun non muslim, baik kepada haiwan maupun alam.
>>>Islam melarang dari perbuatan zalim.
“Hati-hatilah kalian dari perbuatan zalim, karena sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat. “(HR. Muslim)
Tapi, SEBAGIAN umat islam berbuat zalim; merampas hak orang lain, merendahkan kehormatannya dan menumpahkan darahnya tanpa alasan yang dibenarkan.
>>>Islam membenci kerusakan dan terorisme.
“Oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahwa : barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya”. (QS. Al-Maidah : 32).
“Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya”.(QS. Al-A’raaf : 85).
Tapi, SEBAGIAN umat islam menyukai kerusakan, berbuat teror dan menjadi teroris.
>>>Islam memerintahkan untuk menjaga amanah dan janji serta berbuat adil.
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya. ”(QS. An-Nisa: 58)
“Dan penuhilah janji; Sesungguhnya janji itu pasti diminta bertanggung jawabnya. ” (QS. Al-Isra’: 34)
“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. ”(QS. Al-Maidah: 8 )
Tapi, SEBAGIAN umat islam melanggar janji, berbuat khianat, curang, gemar korupsi dan kolusi.
>>>Islam memerintahkan untuk banyak menderma.
“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. ” (QS. Al-Baqarah: 267)
“Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makanan kepada orang lain, sambunglah tali kekeluargaan dan syolatlah di malam hari tatkala orang-orang terlelap, niscaya kalian akan masuk surga dengan selamat. ”(HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Tapi, SEBAGIAN umat islam haloba, kedekut dan bakhil walau hanya rm 1.00.
Kalau begitu, jangan samakan antara islam dengan umat islam. Islam pasti benar, sedangkan umat islam belum tentu semuanya benar. Islam pasti baik, sedangkan umat islam belum tentu semuanya baik.
Islam telah mengajarkan kebaikan dan kebenaran. Namun, belum tentu semua umat islam menjalankan apa yang islam ajarkan.
SEBAGIAN dari mereka menyatakan diri sebagai orang islam, namun tak paham apa itu islam. Menganggap diri beragama islam, tapi itu hanya sebutan saja. Menyandarkan diri kepada islam, namun tidak mahu mempelajari islam. Akhirnya? Berbagai kebaikan yang islam ajarkan mereka tinggalkan. Berbagai kejahatan yang islam larang, mereka kerjakan. Itulah realiti SEBAGIAN umat islam.
Kalau sebagian yang lain? Apakah sama dengan yang sebagian yang pertama? Tentu saja tidak. Mereka masih berpegang teguh dengan islam. Apa yang islam perintahkan, mereka kerjakan dan apa yang islam larang, mereka tinggalkan. Di tengah umatnya semakin rosak, mereka inilah yang masih teguh dan konsisten memeluk erat-erat agama mereka.
“Senantiasa ada segolongan dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka, hingga datang keputusan Allah.” (HR. Muslim)
Maka, hendaknya orang yang berakal sehat dan cerdas harus merenunginya.
Janganlah kebencian terhadap sesuatu membuat mata hati dan nurani tertutup dari menghargai dan menerima keindahan dan kebenaran darinya.
Janganlah kebencian terhadap sesuatu mendorong untuk berbuat zalim kepadanya.
“Janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. ” (QS. Al-Maidah: 8 )

Khamis, Oktober 13, 2011

Hasad dan Benci-membenci adalah Pencukur Agama !

Hasad dengki, benci membenci.........sifat iblis !





TUGAS seorang pengintip adalah mencari rahsia atau maklumat yang berharga untuk disalurkan kepada pihak-pihak tertentu. Sebagai imbal balik, si pengintip akan memperolehi manfaat tertentu untuk kepentingan hidupnya.
Demikianlah analogi mudah yang kita boleh tempelkan kepada mereka yang suka mencari kesalahan orang lain. Sikap ini sebenarnya terhasil dari sifat hasad dengki yang tidak berkesudahan.
Tanda mudah untuk mengesan penyakit ini adalah seseorang itu merasa susah hati apabila melihat kesenangan yang dinikmati oleh orang lain sebaliknya seronok apabila melihat orang lain mendapat kesusahan.
Hasad adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud dengki. Dalam laras bahasa Melayu, kedua-dua kalimah Arab dan Melayu ini digabungkan, mungkin sebagai kata penguat kepada kalimah pertama.
Orang yang mempunyai perasaan hasad dengki sentiasa berada dalam keadaan resah serta gelisah. Antaranya disebabkan tidak senang dengan kejayaan orang lain yang maju terus kehadapan. Penyakit ini umpama satu virus bahaya yang telah merebak ke seluruh hati-hati sehingga sukar diubati.
Benarlah apa yang dinyatakan oleh Nabi SAW: “Akan menjalar kepada kamu penyakit umat-umat yang terdahulu; hasad dan benci-membenci. Itu sebenarnya pencukur. Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia mencukur agama”. (riwayat At-Tirmidzi).
Hasad hukumnya haram dan termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Orang yang memiliki sifat ini dikira memiliki akhlak yang tercela. Malah sifat hasad dengki ini merupakan salah satu sifat iblis.
Sifat hasad dengki bukan sahaja boleh membahayakan fizikal malah lebih bahaya daripada itu ia boleh merosakkan agama.
Allah berfirman: Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. (ali-‘Imran: 120).
Lantaran sifat hasad dengki ini kesannya sangat buruk maka Allah memerintahkan kita berlindung daripada keburukannya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan dari kejahatan pendengki apabila ia dengki. (al-Falaq: 5).
Rasulullah juga memperingatkan dalam hadis yang bermaksud: “Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering”. (riwayat Imam Abu Daud).
Dalam hadis yang lain Rasulullah juga melarang sebagaimana sabdanya yang bermaksud: Janganlah kalian saling dengki (riwayat Muslim)
Dalam institusi keluarga, perasaan hasad dengki mungkin boleh berlaku di kalangan adik-beradik, ipar-duai dan sebagainya. Ia akhirnya menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi renggang dan semakin jauh.
Pejabat atau tempat kerja juga salah satu tempat berleluasanya penyakit hasad dengki ini. Hal ini dapat diperhatikan apabila menjelang musim kenaikan pangkat, perolehan bonus dan sebagainya.
Perasaan ini muncul apabila kita membandingkan kejayaan orang lain dengan kejayaan atau kegagalan yang ada pada diri kita. Lebih buruk lagi, hasad dengki biasanya datang bersama dengan perancangan untuk menjatuhkan orang tersebut.
Sepatutnya, dalam hal ini, kita perlu melihat kejayaan orang lain sebagai pemangkin untuk kita tingkatkan usaha dan prestasi bagi bersaing secara sihat dengannya.
Namun, mereka yang ditimpa penyakit hasad dengki ini merasakan kejayaan orang lain itu sebagai ancaman terhadap dirinya dan sebagai penghalang kepadanya untuk maju ke hadapan.
Cara yang paling mudah memuaskan hatinya adalah dengan mencari kesalahan orang lain untuk mencalar reputasinya di kalangan rakan-rakan sepejabat mahupun majikan.
Suasana ini akan berlanjutan sehinggalah ada yang sanggup menuduh rakan-rakan sekerja dengan tuduhan melampau serta ada yang sanggup untuk melemparkan fitnah semata-mata hasad dengki dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada orang lain.
Semuanya adalah untuk memastikan kedudukannya tidak tergugat sekali gus menjamin laluannya untuk berada di kemuncak terbuka luas.
Islam benarkan iri hati dalam perkara positif seperti mencemburui kejayaan orang lain agar kita juga berjaya seperti mereka. - Gambar hiasan

Dr. Maharaj dari Pendeta Hindu kepada Islam !

Pendeta yang memeluk Islam ..........................





Dr. Maharaj atau nama sebenarnya Achariya Mahant Dr. Shri Shakti Saroopji Maharaj Adasin Dharmachariya Odai Shakti bukan sahaja penganut Hindu sebelum memeluk Islam tetapi beliau sebenarnya tokoh Hindu terkemuka di India.Beliau menerima anugerah gelaran yang sangat mulia, iaitu Bhagwan (tuhan) daripada pengikut-pengikut saya. Tetapi saat itulah sebenarnya saya berada dalam kesesatan dan kegelapan dan saya tercari-cari cahaya untuk keluar daripada kegelapan itu," katanya.
Sami atau pendeta besar yang bertahun-tahun lamanya berkhidmat di kuil-kuil besar termasuk di Kuil Ban Khand Ashram Brindaban di Mathura, Uttar Pradesh di utara India untuk menyebarkan agama Hindu. Tugasnya melatih pendeta-pendeta untuk menyebarkan agama itu.
Begitu pun tidak sahaja tugas tersebut sebagai meneruskan tradisi warisan keluarga dan keturunan (dilahirkan dalam keluarga Guru Nanak Vedi Wanash). Bahkan beliau amat berilmu kerana mempunyai pelbagai kelulusan akademik dalam pengajian agama.
Ini termasuk pemegang sarjana dalam pengajian Orientalism dari Universiti Allahabad India, sehinggalah Doctor Of Divinity dari Universiti Oxford, United Kingdom.
Beliau turut boleh bertutur dan menulis dalam 12 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Sanskrit, Greek, Dibro, Prakirit, Pali, Gurmukhi, Marhathi, Gujrati, Urdu dan juga Bahasa Arab.
Semua itu adalah kelebihan untuk beliau menguasai pengetahuan mengenai 10 agama besar dunia yang lain terutamanya Kristian dan Islam itu sendiri.
Kehebatan itu menyebabkan banyak pihak cuba menguji beliau. Paling menarik apabila Dr. Maharaj mendapat pengiktirafan tinggi oleh pusat Gereja Roman Katholik (Vatican City) apabila beliau mendapat undangan khas Pope, Paul VI pada tahun 1981.
"Atas undangan khas itu, mereka sebenarnya cuba memberi tekanan yang cukup hebat apabila saya dikehendaki bercakap tujuh topik berbeza atas pengetahuan yang saya miliki mengenai Kristian.
"Saya berjaya membuatkan mereka berpuas hati dengan hujah-hujah sehinggakan saya dianugerahi gelaran dan penghormatan khas menjadi warga Vatican City sebagai satu usaha untuk menarik saya untuk memeluk Kristian.
"Tetapi secara peribadi saya sama sekali tidak tertarik bertukar agama malah pulang semula ke India," katanya.
Sebenarnya, beliau lebih terpengaruh dengan ajaran Islam walaupun berjaya memuaskan pihak Vatican atas pengetahuan luasnya terhadap ajaran Kristian.
Pada tahun yang sama (1981) beliau menyampaikan syarahan dalam pertemuan di Kuil Ashram Param Dham yang turut dihadiri tokoh-tokoh agama Hindu yang lain.
Ini termasuklah Dada Dharam Adhikari yang secara tiba-tiba mengajukan satu soalan kepada Dr. Maharaj.
"Swami Ji, anda telah mengenali dan mempelajari pelbagai agama yang ada di dunia ini. Pada pandangan awak sekarang, dalam banyak-banyak agama, agama manakah yang awak rasa paling baik untuk dianuti oleh seluruh manusia?"
Soalan yang tidak disangka-sangka itu dijawab pendek tetapi tegas oleh Dr. Maharaj: "Islam".
"Tetapi Islam sebuah agama yang mengongkong umatnya," tanya Dada Dharam yang lebih terkejut dengan jawapan Dr. Maharaj.
Dr. Maharaj pun menjawab: "agama yang disebut sebagai sangat mengongkong itu, agama itu jugalah memberi kebebasan kepada umatnya. Malah sebenarnya agama yang dianggap tidak mengongkong manusia itulah menyebabkan penganutnya menjadi tidak bebas, terikat kepada pelbagai peraturan dan ajaran yang tidak masuk akal.
"Pada hakikatnya, manusia memerlukan agama yang mengongkong kehidupan supaya kehidupan mereka di dunia ini teratur dan aman dari segala macam masalah dan godaan duniawi tetapi kesudahannya menikmati kebebasan sepenuhnya untuk kehidupan di akhirat kelak.
"Bagi saya Islamlah, satu-satunya agama yang memenuhi segala kualiti sebagai agama yang paling baik".
Jawapan itu sangat mengejutkan tetapi dianggap tidak lebih daripada sebagai pengetahuan semata-mata. Sedangkan bagi Dr. Maharaj ia tidak lebih peperangan dalam diri yang membawakan beliau akhirnya menyerahkan diri kepada Islam, sebagai satu kemenangan besar yang mengeluarkan dirinya daripada kesesatan.
Begitulah kesannya apabila ilmu dikuasai. Walaupun pelbagai agama dikenali dan dipelajari namun ia tidak membuatkan hati Dr. Maharaj menjadi berbelah bagi. Malah yang beliau temui adalah kekuasaan Allah. Lebih-lebih lagi Allah dan kisah Nabi Muhammad ada disebutkan dalam agama-agama yang beliau kaji.
"Kecuali dalam ajaran Buddha dan Jainism, dalam semua ajaran agama yang lain ada disebutkan mengenai nama Allah dan Mohamad atau Ahmad. Malah dalam kitab Hindu sendiri, perkataan Ala terdapat di Bab Pertama dalam Rig Veda yang menjadi permulaan kepada empat huruf nama Allah itu.
"Begitu juga persamaan 'Moha-mmad' dan 'Ah-mad' untuk Nabi Muhammad dan Ahmad dan 'Kurdha-noo' turut digunakan dalam kitab Rig Veda yang merujuk kepada kitab suci al-Quran," ujarnya.

Umat islam melawat Gua Hira' tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu Allah yang pertama.

Isnin, Oktober 10, 2011

MUSLIM IN ISRAEL !

Menurut CIA World Factbook 2011, jumlah rakyat Israel
July 2010 sebesar 7,3 juta.

Seorang umat Yahudi menyaksikan umat Muslim bermain
catur di Yerusalem (AP Photo/Muhammed Muheisen)

Jumlah umat muslim di Israel dijangkakan akan meningkat hingga menghampiri satu perempat dari jumlah populasinya pada 2030. Pertambahan jumlah umat Muslim juga akan melanda Amerika Syarikat (AS).
Itu adalah hasil penelitian dari lembaga riset Pew Forum on Religion & Public Life, seperti yang dilapurkan berita CNN, Kamis, 27 Januari 2011.
Pada laporan  yang berjudul “Masa Depan Populasi Muslim Global” itu dikatakan bahwa 20 tahun yang lalu jumlah pemeluk agama Islam di dunia mencapai 1.1 billin orang dan dalam 20 tahun akan datang, angka itu akan meningkat hingga dua kali ganda, menjadi satu perempat dari jumlah penduduk di dunia.

Di Israel, menurut Pew, pemeluk Islam pada 2030 akan mencapai 23.2 persen dari populasi keseluruhan. Angka ini meningkat dari 17.7 persen pada tahun 2010 dan 14.1 persen pada tahun 1990. Angka ini berdasarkan tren pada 20 tahun terakhir, pemeluk Islam di Israel bertambah dua kali ganda, dari 0.6 juta di tahun 1990 menjadi 1.3 juta di tahun 2010.
Menurut data CIA World Factbook 2011, jumlah rakyat Israel pada july 2010 seramai 7.3 juta. 

Pada tahun 2030, jumlah Muslim di Israel, termasuk Yerusalem tapi tidak termasuk Semenanjung Gaza dan Tepi Barat, dikirakan akan  mencapai angka hingga 2.1 juta orang. Pew mengatakan bahwa Palestin memang sejak dulu merupakan daerah dengan tingkat pertumbuhan Muslim terbesar di dunia.

Angka pemeluk Islam di Amerika Serikat juga akan meningkat hingga dua kali ganda. Pada tahun 2030, pemeluk Islam akan mencapai jumlah hingga 6.2 juta orang. Sebelumnya, pada tahun 2010, orang muslim di AS mencapai 2.6 juta.

Pew mencatat peningkatan signifikan jumlah muslim terutama disebabkan oleh tingginya angka kelahiran dan angka kehidupan di negara-negara majoriti muslim. Angka umat yang pindah agama dikatakan hanyalah faktor kecil dari berbagai faktor yang ada.

Laporan Pew ini dibuat berdasarkan penelitian yang dilakukan selama setahun penuh. Penelitian ini adalah misi ambisius dari Pew untuk mengira jumlah pemeluk agama besar dunia. 

Sabtu, Oktober 08, 2011

Siapakah Dajjal


Bismillah, Alhamdulillah.
Di Zaman yang moden ini, Zaman yang sudah maju ini banyak orang lupa memperhatikan soal Dajjal, Padahal Nabi Muhammad saw sentiasa memperingatkan ummatnya mengenai yang satu ini sebagai fitnah yang paling dahsyat sepanjang zaman. Tidak ada fitnah yang melebihi fitnah Dajjal.

“Allah tidak turunkan ke muka bumi -semenjak penciptaan Adam as hingga hari Kiamat- fitnah yang lebih besar dari fitnah Dajjal.” (HR Thabrani 1672)


Tidak ada fitnah yang melebihi fitnah Dajjal. Bahkan bisa dikatakan bahwa segenap fitnah yang pernah ada di dunia terkait dan hadir dalam rangka mengkondisikan dunia menghadapi fitnah Dajjal.

ذُكِرَ الدَّجَّالُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَأَنَا لَفِتْنَةُ بَعْضِكُمْ أَخْوَفُ عِنْدِي مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِوَلَنْ يَنْجُوَ أَحَدٌ مِمَّا قَبْلَهَا إِلَّا نَجَا مِنْهَا وَمَا صُنِعَتْ فِتْنَةٌ مُنْذُ كَانَتْ الدُّنْيَا صَغِيرَةٌ وَلَا كَبِيرَةٌ إِلَّا لِفِتْنَةِ الدَّجَّالِ
Suatu ketika ehwal Dajjal disebutkan di hadapan Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam kemudian beliau bersabda: ”Sesungguhnya fitnah yang terjadi di antara manusia lebih aku takuti dari fitnah Dajjal, dan tiada seseorang yang dapat selamat dari rangkaian fitnah sebelum fitnah Dajjal melainkan akan selamat pula darinya (Dajjal), dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini –baik kecil ataupun besar- kecuali untuk fitnah Dajjal.” (HR Ahmad 22215)

Menariknya lagi, kemunculan Dajjal untuk menebar fitnah dan kekacauan akan terjadi ketika kebanyakan manusia telah lalai dan tidak peduli akan Dajjal, sehinggalah bila ada yang membicarakan soal Dajjal, maka mereka cenderung mentertawakannya dan menganggapnya sekedar sebagai mitos atau legenda. Demikian pula halnya dengan orang-orang pintar ketika itu. Malah para penceramah, Ustadz, da’i dan Imam di mimbar-mimbar tidak memandang perlu untuk mengangkat tema bahaya fitnah Dajjal.

لَا يَخْرُجُ الدَّجَّالُ حَتَّى يَذْهَلَ النَّاسُ عَنْ ذِكْرِهِ وَحَتَّى تَتْرُكَ الْأَئِمَّةُ ذِكْرَهُ عَلَى الْمَنَابِرِ

“Dajjal tidak akan muncul sehingga sekalian manusia telah lupa untuk mengingatnya dan sehingga para Imam tidak lagi menyebut-nyebutnya di atas mimbar-mimbar.” (HR Ahmad 16073)
Siapakah sebenarnya Dajjal? Dan apakah ia seorang manusia anak keturunan Nabi Adam ‘alaihis-salam, ataukah ia termasuk makhluk kalangan jin atau raksasa atau apa?

Ada sebuah hadis yang panjang dimana di dalam hadis tersebut terungkaplah bahwa Dajjal merupakan seorang lelaki dari kalangan manusia keturunan Nabi Adam ‘alaihis-salam. Namun ia merupakan makhluk yang diberikan Allah keistimewaan tidak seperti kebanyakan manusia pada umumnya. Dan di antara keistimewaan tersebut ialah bahwa ia telah hadir ke muka bumi kita ini sejak zaman Nabi shollallahu ’alaih wa sallam dan para sahabat. Artinya, umur Dajjal sampai saat ini telah mencapai belasan abad atau sekitar seribu empat ratusan tahun. Subhaanallah...

عَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ قَيْسٍأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

أَخَّرَ الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ ذَاتَ لَيْلَةٍ ثُمَّ خَرَجَ فَقَالَ

إِنَّهُ حَبَسَنِي حَدِيثٌ كَانَ يُحَدِّثُنِيهِ تَمِيمٌ الدَّارِيُّ

عَنْ رَجُلٍ كَانَ فِي جَزِيرَةٍ مِنْ جَزَائِرِ الْبَحْرِ

فَإِذَا أَنَا بِامْرَأَةٍ تَجُرُّ شَعْرَهَا قَالَ مَا أَنْتِ

قَالَتْ أَنَا الْجَسَّاسَةُ اذْهَبْ إِلَى ذَلِكَ الْقَصْرِ فَأَتَيْتُهُ

فَإِذَا رَجُلٌ يَجُرُّ شَعْرَهُ مُسَلْسَلٌ فِي الْأَغْلَالِ

يَنْزُو فِيمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ فَقُلْتُ مَنْ أَنْتَ قَالَ أَنَا الدَّجَّالُ

خَرَجَ نَبِيُّ الْأُمِّيِّينَ بَعْدُ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ أَطَاعُوهُ أَمْ عَصَوْهُ

قُلْتُ بَلْ أَطَاعُوهُ قَالَ ذَاكَ خَيْرٌ لَهُمْ


Fatimah binti Qais berkata, "Pada suatu malam pernah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengakhirkan shalat isya` yang akhir, lalu beliau keluar dan bersabda: "Sesungguhnya yang menghalangiku (untuk segera keluar) adalah kisah yang diceritakan Tamim Ad Dari kepadaku dari seorang laki-laki yang berada di sebuah pulau dari gugusan pulau-pulau. Tamim berkata, "Saat itu tiba-tiba ada seorang wanita yang berambut panjang." Tamim selanjutnya bertanya, "Siapa kamu?" Ia menjawab, "Aku adalah Jasasah. Pergilah kamu ke istana itu." Tamim berkata, "Aku pun mendatanginya, ternyata di sana ada seorang laki-laki berambut panjang yang terikat dengan sebuah rantai. Tingginya menjulang antara langit dan bumi. Aku lalu bertanya, "Siapa kamu?" Ia menjawab, "Aku adalah Dajjal. Apakah telah ada seorang Nabi buta huruf yang diutus?" Aku menjawab, "Ya." Ia kembali bertanya, "Apakah orang-orang mentaatinya atau mengingkarinya?" Aku menjawab, "Orang-orang mentaatinya." Ia berkata, "Itu yang lebih baik bagi mereka." (HR Abu Dawud 3767)

Tamim Ad Dari adalah nama seorang pelaut Nasrani yang hidup di zaman Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Ia telah mengadakan suatu pelayaran dimana ia sampai ke sebuah pulau kecil dari gugusan pulau-pulau kecil. Lalu setelah ia turun di pulau itu ia berjumpa dengan Dajjal yang dalam keadaan terikat dirantai. Dan karena begitu ketemu, Dajjal langsung menanyakan perihal Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, maka itulah sebabnya Tamim segera berangkat ke Madinah begitu meninggalkan pulau tadi. Dan setelah Nabi Muhammad mebenarkan soal fakta yang telah dilihat oleh Tamim, maka Tamim langsung mengucapkan dua kalimat Syahadat alias masuk Islam. Alhamdulillah.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa jahannam dan siksa kubur, dan fitnah kehidupan dan kematian, serta keburukan fitnah Masihid Dajjal." (HR Muslim 924)
 Semoga artikel ini dapat bermanfaat bagi kita semua, dan mengingatkan bahwa Dajjal itu ada.